Assalam dan selamat sejahtera... hari ini tuan rumah MC sebab demam dari hari Ahad hari tu... pergi kenduri kahwin ditimpa hujan lebat!! payung 1 je ..nak lindung HS... angin pula kuat... selamat kami berhujan... semalam kemuncaknya bangun pagi dah pening-pening lalat .. demi memberi semangat kepada HS untuk menghadiri peperiksaan... pergi juga la ofis... dengan hidung sot sot ... sampai ofis ok lagi...breakfast nasi dagang lagi... demam-demam pun lalu.. sebab sedap... suka dengan acar mentah yang dibuat oleh tokeh Cafe... sehingga pukul 11 pagi masih bertahan lagi dengan setengah kotak tisu habis... sampai keluar bilik cari sape yang ada tisu spare sebab nak beli...nasib baik ada peruntukan tisu.. baru tahu hu hu... dah tak boleh nak sot sot dah ... running nose tahap gaban... berlarian-larian macam air terjun... mata berair-air pandang PC.. dalam pukul 12 tghari bergegas ke klinik.. asik bersin ...sambil jalan pun bersin... setelah bertekad kuat juga untuk menyiapkan kerjaya yang dah due perlu mengadu kat doctor !
.. doctor siap check bp ..huii tinggi kata doctor... saya tak rasa apa pun pasal pressure ni... mungkin demam ni cover rasa pressure tu... teruk ni... doctor tanya nak rehat tak ? Akak kata pasti nak doctor!bukan hari ni je nak esok juga sebab akak dah tahu kalau makan ubat selsema akak mesti rasa badan akan rasa kembang semacam... lalok la tu...lantai rasa tinggi rendah je... mesti terbaring punya nak hilangkan penangan ubat tu.... sekarang ni masih terasa kesan makan ubat...
esok rasa tak sihat lagi akak EL la pulak! nak buat macam mana dah sakit!
bagi mengubat hati yang lara kerana sakit yang mendatang dan duk umah ada masa sikit... taip entri sedikit demi sedikit... dari pagi hingga sekarang masih tak siap he he... berhenti baring la, beli breakfast la, basuh pinggan la, jemur baju la... taip lagi, makan ubatla yang lamanya tidur layan lalok ubat... berkotak-kota tisu habis ni ...
layan je le koleksi bunga dilaman yang mekar minggu lepas dan beberapa minggu yang sebelumnya...siapa yang alah dan ada penyakit sinusitis digalakkan mencium bunga directly...
rose jepun warna peach-saiz besar ni
warna merah - besar juga
merah apa ya.. besar juga
yang ni yang paling besar ada toncet riben bunga lagi
putih besar juga
warna oren tapi nampak macam kuning... oh cameraku
warna pink
pink pekat
berkembangan serentak ... baka ni dapat dari adik di Ipoh yang beli pokok asal di Cameron Highlands
putih, kuning, pink, striking pink . rm 2 se polybag... beli di pasar tani hari Ahad..lelong-lelong
merah dan putih
perbandingan lebar bunga ni dengan daun pegaga gajah
pink belang putih.. pasu kecil je
perasan tak bendi kecil tu.. pokok bantut tapi mau berbuah juga
kangkung overdue dah berbunga - blur
bunga petola... tak abis-abis dengan petola..bunga jantan (siap rujuk entri ni lagi sebab dah lupa which sis which untuk kenalpasti jantina bunga ni))
pembantu pollinator
bunga betina yang dah jadi putik petola
pembantu lagi dibunga betina
pollinated petola
zinnia generasi ke3,,, nape jadi macam ni eh?
zinnia campak-campak di kebun sebelah
bunga kemuning berganding dengan bunga telang
taburan kemuning yang putih ceria selepas overhaule 2 bulan lepas.. bau harum semerbak menyambut ketibaan kami... tapi lepas tu bersulam dengan bau bahan pelepasan miaw and the gang... haru!!
kemuning selepas kena siram
blue diamond... tak tahan... beli lepas raya dah kiok dah! jadi sejarah je
4 ulasan:
semoga cepat baik...
Kalau demam, mmg tekanan darah agak tinggi.... kalau kalau betul BP tinggi, kena selalu pantau...
kat sini, musim spring aje la bolah cuci mata dgn bunga2 comel... skrang dah autumn, daun pun dah mula gugur...
bunga! saya suka tengok bunga + ambil gambar bunga juga.
semoga sis cepat sembuh. =)
bawak2 berehat k.mar...sekarang dah start musim hujan ni...
hilang rasa muak sy bila tengok bunga-bunga k.mar..sy pun tengah mencucuk beberapa jenis keratan pokok bunga rose jepun...senang betul hidup...:D
tq share & jaga diri yer, moga dah sembuh !
Catat Ulasan