Semenjak "on" atau lebih aktif dengan hobi berkebun dan berblog mengenai berkebun lebih kurang setahun yang lalu memang sayur pegaga spesis ini dan yang satu lagi yang jenis kurus dihajatkan sangat-sangat untuk dijadikan koleksi kebun... sebelum ni pegaga gajah yang ditanam... dalam foto ni ada 2 jenis pegaga.. yang hijau pekat tu akak panggil pegaga gajah sebab saiznya memang besar walaupun dalam foto ni keadaannya kecil... masih baby lagi... spesis gajah ni senang sangat-sangat hidupnya... pantang akar dah ada dalam tanah dan hari hujan cepat betul dia membiak...
pegaga yang dicari-cari adalah pegaga berkelok-kelok banyak pada daunnya.. macam kerinting je... kebiasaannya di buat ulam dan kerabu... orang negeri biasalah akan digulai dengan segala ikan yang boleh digulai termasuklah dengan ikan bilis sebagai pemanis kuah... entah kali ke berapa spesis ni akak beli di pasar tani untuk disemai... ada aja penghalangnya.. yang paling teruk adalah terlupa untuk disemai dan selamatlah dia dalam plastik mereput dan sesuai jadi kompos... pasar tani di KL adalah pada hari Ahad... nak sampai Seremban nak kena tunggu 5 hari .. itu yang jadi terlupa... alasan ha ha tapi hati tetap terkilan kerana dah susah-susah berjalan ke Pasar Tani... projek tak jadi juga.. pernah juga cabut pegaga yang tumbuh melata di lereng bukit semasa di Fraser Hill dulu... kes yang sama juga.. dah la ianya datang dari kawasan berudara sejuk .. bila tiba dikawasan udara panas tu kes terlupa juga nak uruskannnya untuk direndam dalam air.. kesian ... kekeringan jadinya... lepas ni nak 'hunting' spesis yang lagi satu... yang kurus punya!!!
kali ini berjaya.. yes! yes!... namun dari beberapa urat yang ditanam hanya ini yang bertahan... akak pernah dengar nama pegaga kampung dan pegaga tongsan!! adakah yang ini atau yang kurus itu...entahlah! dialu-dialukan ilmu dari kawan-kawan yang arif!! elok tanam pegaga ni... sangat berkhasiat... info khasiat bolehlah di google.. dalam blog Mak Aji ada kut ... tak pasti !
ha ha yang ini seurat ni yang maintain ayu!
kan akak kata pegaga gajah... panjang-panjang batangnya... yang ini terpaksa let go kerana dah ada unsur-unsur kulat berwarna putih pada akarnya...
5 ulasan:
Hi K.Mar...
saya pon ada tanam 2 jenis pegaga..satu pegaga yg biasa jumpa kat kg2 & kat pasar tu...lg satu pegaga yg cantik sket.mcm boleh buat hiasan jgk....tp dua2 edible.rasa lebih krg je...dua2 sedap....saya pon muskil apa nama sebenar pegaga tuh....hehehe
Hi! Pegaga kerinting senang hidup dlm pasu. Yg susah sikit tu pegaga kg yg liar tu.
sama lah k.mar susah betul pegaga yg sy tanam nak hidup...tak kira la kerinting ke tak...
Pegaga kerinting ini adlah antara pegaga versi moden ada satu lagi pegaga kampung yang berdaun bulat tepinya tidak terlalu kerinting. Zaman kecik2 dulu itu sahajalah pegaga yang iasa tengok dan makan.
Salam Mar,
Pertama kali Mak Aji tengok pegaga keriting ni, cantik pulak ya! Mak Aji ada pegaga air tu je, yang kampung punya asyik mati je, x mahu dia hidup, dah cuba beberapa kali.
Mak Aji hanya selitkan sikit aja info pasal pegaga tu. Takpa, boleh aja tanya Pakcik Google, dia sedia membantu!
Catat Ulasan