Petang Sabtu lepas... sedang sibuk memasak untuk makan malam .. (last week recipe's repeated ) atas alasan tak cukup dan anak sulung punya favourite.... tetiba hujan lebat pula.. bergegas keluar rumah angkat jemuran dan tolong ambilkan kain warna biru yang jatuh dalam longkang... ingatkan HS yang punya .. kalau ya punyala jauh masuk nya ke dalam longkang... angin memang kencang .. kata HS ribut mak.. masa tu dia sedang outing dengan En Boss kononnya nak cari sos coklat hershey's untuk makan dengan strawberi yang baru dibeli di Cameron Highlands Khamis lepas... confirm kain tu bukan kita punya. dah beres hal hujan cepat-cepat masuk untuk bereskan menu yang sedang rancak menggelegak.. hujannya tak lama sekejap aja dah berhenti namun impaknya ketara sekali... hari panas terus dingin dan nyaman... selepas masak ada yang nak makan... sekalilah jadi dinner pada pukul 6 petang.. dah makan tiada kerja.. apa lagi acara melawat laman la pula... intai-intai punya intai nampak buah belimbing buluh ni meriah la sangat... apa lagi capai note dan mula klik klik.. sebenarnya tak klik pun .. gesek je skrin tu:)...
bunganya dengan warna yang unik pasti jadi sasaran..foto yang paling digemari nih..
selepas skodeng dan klik klik kena la tuai sebab dijangka hujan akan turun lagi bila tengok langit yang mendung ...kalau tak tuai jadi kompos la bawah pokok tu kan... jiran-jiran pula tiada yang berhajat nak buat lauk... maka perlu dituai dan buah-buah ni sudah selamat dihadiahkan kepada kawan pejabat.. cili yang lama sungguh nak masak tu dah dituai juga... kacang panjang renek dari Awin PetakHijau juga dah jadi benih ... sebagai catatan ada 3 ulas benih dah disemai ke tanah...mentang-mentang dah hujan .. khidmat tempat semaian sementara tidak diperlukan.... harap-harap benih tu menjadi..
aktiviti klik klik
ni yang paling tembam :)
7 ulasan:
wah!!!lebatnye buah belimbing tu, nampak cam renek lagi pokoknya. btw 1st time ros tgk bunga pokok belimbing tu. cam ala2 roselle la plak skali imbas
masak lemak ngan udang sedap niii...
mula ingat bunga roselll juga...
Hai Kak Mar!
Seronoknya tengok belimbing buluh tu. Senang! Kalau masak petik je kat pokok kan?
Betul kata sud@is tu, haritu pernah masak udang galah dengan belimbing buluh. Sedap sungguh sekali sekala dapat. :)
lebatnya belmbing buluh tuh kak mar..sedap cicah garamgula ngancuka..:)
bestnya kak mar...dapat buat masak lemak
Rostina.. dah tinggi dari akak ni pokok tu.. dia rajin berbuah kat pangkal..
Sudais.. sedap tu.. close up warnanya mcm rosselle...
Honey... betul tu... tak salah masa dulu akak ni dan biras request FIL tanam depan rumah..
UAA... kecur air liur :)
Awin.. masak lemak mmm sodap!
Catat Ulasan