Ingatkan pokok ni kearah kepupusan kerana musim kemarau yang lalu... nampaknya mereka bertahan hinggalah musim hujan lencun sekarang ni.. terkejut juga kepada reaksi pokok ni kepada hujan yang berpanjangan.. daun semakin lebat dan rimbun padahal masa disemai dulu akak semai dalam pasu yang kecil dan tanahnya hanya suku dari pasu kecil ni..
Biasanya daun ni kami gunakan untuk masak tempoyak daun kayu... baunya yang harum macam sesuai buat ulam.. tapi akak tak pernah mengulam dengan daun ni.. sesiapa yang pernah mohon share ya.. selain tu ada En Is share kegunaannya -soothing effect untuk stress.. belum cuba lagi...
5 ulasan:
Tahu pokok ni tapi tak tanam. Mcm pokok ati2. Buat ulam tu tak pernah dengar la pula tapi org selalu cakap sesuai untuk mengurangkan batuk sebab sifatnya yang berangin. Cara: Upar dengan kapur dan lekapkan didada.
k mar, sekali tgk mcm daun pudina...blum penah tgk pokok ni...
Asslammualaikum kak mar..ama x snggh sini..sekali tgk mmg mcm pudina la kak mar..rasa mc pnh tgk mak tanam je pokok ni :)
Kak Mala..terima kasih atas petua
Ana..ni pokok tradisi org NS :)
Adrianna... waalaikumsalam..lama tak dengar berita.. memang pokok mak2 kita dulu ni..
mcm pudina..tp daun lbh besar...tak pernah tgk pokok ni...mungkin sbb wangi jd boleh ubat stress...sy kalu spend masa kt laman bau basil tu mcm ketagih pula
Catat Ulasan