Cerita ke utara yang tak habis lagi dan untuk catatan sendiri..
selepas breakfast di Gee Je kami menuju keutara menziarahi jenazah dan keluarga yang sedang bersiap sedia untuk urusan pengebumian..
sebelum itu singgah di Hentian Taiping untuk melonggar-longgar otot dan ke tandas untuk melepaskan hajat..
ramai yang datang menziarah.. urusan solat jenazah dibuat di rumah lama arwah.. entah bila kami ke sini lagi..
selepas breakfast di Gee Je kami menuju keutara menziarahi jenazah dan keluarga yang sedang bersiap sedia untuk urusan pengebumian..
sebelum itu singgah di Hentian Taiping untuk melonggar-longgar otot dan ke tandas untuk melepaskan hajat..
ramai yang datang menziarah.. urusan solat jenazah dibuat di rumah lama arwah.. entah bila kami ke sini lagi..
Sebenarnya entri ni untuk rekod bunga yang di temui di Hentian Taiping... termukaddimah dengan situasi hari pengebumian pula... sebagai ingatan juga pada kita yang bertunang dengan kematian dan akan kembali ke tanah jua akhirnya
Berbalik pada bunga ni.. baunya memang tak menyenangkan... dah lama juga simpan koleksi foto bunga ni tetapi warna yang berbeza ditempat yang berbeza serta tak pernah up entri khusus untuk bunga ni..
Cer gugel lantana camara.. image bagi warna ni kurang dipaparkan... hasilnya hanya 2 hingga 4 image yang dipaparkan... ada yang catatkan warnanya sebagai luscious grape .. bunga ni sebagai kenang-kenangan bahan masak-masak zaman kanak-kanak riang.. dulu liar sekarang dikomersilkan
P/S(1) Pagi-pagi dah kena berhimpun... agenda diselitkan dengan tribute to MH370....
P/S(2) Jadual baja di KL (organik)
P/S(3) Outstation Penang (2-4 April 2014) - pokok di KL semua ok... 1 sahaja yg kantoi (marigold tepi jalan yg dah ada putik bunga... sadis)
10 ulasan:
cantik pulak kolor bunga ni & menarik !
Cantiknya. Aku suka warnanya. Bunga lantanaku yang ungu sudah mati dimakan semut akarnya. Di halaman sekarang tersisa yang putih dan kuning.
Disini kami panggil bunga tahi ayam sebab baunya tu lah. Tahi ayam kampung ni ada buah.Bila masak warna hitam.Manis rasanya. Mmm..time budak2 dulu bedal segala..Juga guna buat lapik tungku panas waktu dalam pantang.
walaupun bau kurang disenangi tetapi rupanya tetap dikenang...:D
Bunga ungu ni cantik! =)
Dulu masa ada di halaman rumah.
Setiap kali ambil gambar, saya suka namakan bunga ni dengan nama, 'bunga ungu emak saya'. =D
Kenangan.. Sekarang dah tak ada pokok bunga ni kat umah. Dah kena buang..
Salam Kak Mar,
Cantiknya bunga purple tu. Kalau saya dah di patahkan batang dia bawa balik hahahahahahahaha
tak dinafikan bunganya memang cantik,, ada warna merah oren dan kuning kaan..juga purple
kat tempat saya bunga ni dipanggil.. ops jangan marah ya kak..~bunga tahik ayam'
KA para pencinta bunga pasti suka kan!
Endah... aku langsung tiada koleksi bunga ini..
Kak Mala & Sudais..baunya memang terus orang panggil tahi ayam hi hi
Nadia.. tak kisahlah bau .janji comel..
Faarihin... bunga emak saya... hmm emak saya mungkin tak suka bunga ni..tak pe anaknya ini memang suka..
Honey.. waalaikumsalam... hi hi.. tak pasti boleh hidup.. nanti cuba..
Cantiknye pokok lantana ni, color ungu plak tu....cantik sungguh :)
Julie... kan!!!sebab tu akak suka
Catat Ulasan