Kisah diutara lagi.. pada hari terakhir di sini hari dimulakan dengan breakfast di kedai tempat tupai turun makan... itu nama yang adik pembantu yang tinggal disini berikan... moh la kata akak... wah rupa-rupanya kedai makan dibawah pokok Sakura Malaysia... bila gugel image sakura malaysia akak berkenan dengan info blog ni Hanami (花見, "flower viewing") is the Japanese traditional custom of enjoying the beauty of flowers. misi mentamankan Malaysia...
sepatutnya ada kat Taman -Taman utama di KL ni especially Taman Botani... boleh jadi tarikan pelancong kan... eh eh entah-ntah dah ada... kalau ada patut di promosikan betul tak? disini aje akak dah teruja...
yang istimewa kat sini adalah banyak binatang liar...sambil makan nasi lemak pedas sambil tu tengok kera tu melompat-lompat dari satu pokok ke satu pokok menyebabkan bunga berguguran...nampak tak kera tu?
tupai liar yang disediakan makanan... batang pokok ni dipagar dan tupai-tupai turun memakan pisang yang disediakan.... bila sedar ada orang dekat dia lari laju-laju... wp foto tak jelas akak tetap nak simpan untuk kenangan.. yang putih ni adalah pagar kepada pokok ni.. tempat makanan disediakan dan memang pandai depa ni cari... teringat dulu sebab tingkap dibilik yang berhampiran pokok yang tinggi asik terbuka menjadikan rumah akak sebagai rumah dia.. habis satu tupperware besar beras pulut digigitnya.. rompong- rompong tutup tupperware tu...
7 ulasan:
knah balik kedah..meriah dengan bunga ni kat bahu2 jalan =)
patut buat balik tanam kat umah jgk nie kak mar..:)
Sebenarnya pokok tu banyak ditanam ditepi jalan contohnya daerah tampin setiap tahun saya menikmatinya ada dua warna putih dan purple.
Assalam ss..acik pun masa perjalanan ke kelang..asekla mata acik memerhati bunga yang nampak cantik
Hikmah musim panas...pelbagai bunga cantik-cantik keluar
Dekat kawasan kampung Paya Jaras punya main road yang kami selalu ada bersusun pokok ini dengan 2 warna, ungu dan putih. Memang asyik tengok bila musim bunganya.
Indahnya...
Catat Ulasan