Biasanya daun ni akak jadikan ulam sahaja. Dua bulan lepas rasa macam tak sihat .. tak tahu nak buat apa lagi... saja-saja cuba makan daun ni sebelum breakfast ... hasilnya tidak menghampakan... rasa cergas semula.
bila belek-belek pokok kat luar tu terdetik pula nak jadikan amalan makan daun ni ... sambil tu gugel juga info lanjut mengenai khasiatnya...
alhamdulillah dah boleh istiqamah amalan akak untuk mengambil daun ni sebagai bekalan kesihatan harian. Setiap pagi sebelum breakfast akak akan kunyah hancur-hancur daun ni dan minum dengan segelas air kosong atau air mineral.. setiap hujjung minggu daun ni dituai untuk bekalan seminggu sebelum balik KL. Kali ini tuai banyak sikit sebab perlu bertugas di luar kawasan sebagai bekalan untuk dua minggu...
hati tergerak untuk sharing info ni bila tengok akar-akar ni menjelma hanya dalam plastik bekalan tu.... amazing kan... kuasa Allah yang menjadikan genetik daun ni begini.. tanpa niat untuk menyemai akar dah dianugerah dengan akar walaupun dalam plastik je ... mudah sangat.. macam suruh semai lagi... memang pokok senang hidup walaupun tidak berakar semasa menyemainya... alhamdulillah ketika ini dah banyak akak biakkan.. semoga ianya tidak pupus lagi...
sudah lebih tujuh hari daun ni berada dalam plastik... masih bertahan lagi
duduk di Gold Coast Morib ni makan 4 kali sehari .. terlebih makan la kami namun dapatlah tepis-tepis akibat negatif terlebih makan tu sebab dah tampan awal-awal dengan herba ni... jom ramai-ramai makan ulam segar...
9 ulasan:
apa nama ulam nie yek...rasa2 mcm pernah nampak tapi saya tak pernah makan...apa rasanya?
Lama juga Kak Mar di sana. Baik gitu alas perut dengan ulam sebelum masuk foods lain boleh curb appetite.
Saya tak pernah nampak ulam ni..apa namanya?
Nani & Tarique.. ni daun sambung nyawa
Diana.. appetite tu macam yoyo kadang-kadang naik kadang2 turun :) lama kat sini 4 hari 3 malam.. makan macam-macam ..bolehla nak maintain sugar dan kolestrol level dengan daun ni..
Salam Kak Mar..
Say suka! Saya suka! Buat ulam! Banyak rumah india je. Ini elok sangat pada siapa yang ada darah tinggi. Apa namanya?
Salam Kak Mar..
Say suka! Saya suka! Buat ulam! Banyak rumah india je. Ini elok sangat pada siapa yang ada darah tinggi. Apa namanya?
Oh sambung nyawa! Baru ingat keke. Nak jugak tanam.. Nanti nak minta pada aunty blkg rumah lah. Tapiiiiiii rumah dia ada anjing! Takut dah di kencing pokok tu haha.. Tak jadi lah! :)
Salam kak mar, tq sharing tentang hal ni. Nak tanam juga la.
Oh ya disini juga namanya sambung nyawa. Banyak khasiatnya
Catat Ulasan