Baru aja blog walking link posting mengenai perkara ni dalam blog akak untuk rujukan dari masa ke semasa. Antara maklumat yang ingin akak bawa sampai bila-bila seperti yang terdapat didalam blog ini adalah:
log ni Open Minda... suka dengan perkara yang dikongsikan.. maka akak letak
"Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini."Mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan).

Pelbagai cabaran dilalui didalam Ramadhan kali ini.. dilanda demam panas beberapa hari dan macam-macam perkara lagi yang begitu menduga jiwa dan perasaan..insyaaAllah kita berhari raya beberapa jam lagi dan akan sibuk dengan aktiviti ziarah menziarahi. Jika ada line dan wifi dirumah mak-mak sedara bolehla bw barang sebentar . Kalau tersekat dalam jam akan bw juga.. semoga semua dipermudahkan. Segala aktiviti kebun ditunda hingga raya ke 2 kecuali acaran siram-menyiram. Perancangan banyak untuk laman ni memandangkan seminggu disini.
Ketika menaip entri ini aktiviti masak-masak telah selesai. Rendang daging dan ayam sudah disiapkan setelah gotong-royong dari pagi bersama keluarga. Hari ini kena buat kuih kelepung juga.. permintaan En Boss..ramai assistant akak hari ni.. Eja dan HS.. alhamdulillah semua selesai dengan mudah dan lengkap. iftar hari ini keluarga kami dan SIL pun dah penuh rumah.. sekali sekala berebut-rebut menghulur tangan untuk mengambil lauk. Lauk-lauk raya, dan lauk menu SIL memenuhi meja makan. Alhamdulillah ..setelah solat isyak sambil takbir raya sambil meneman En Boss yang nak macam-macam sementelah dia juga tak berapa sihat dua hari lepas. Tinggal untuk iron baju je .. esok laa kita uruskan.
Foto entri kali ini masih berkaitan dengan aktiviti Ramadhan. Kejadian berlaku semalam... hari yang begitu menduga dengan suasana yang terik dan sedikit stress. Petang nya usai urusan masak-memasak juadah untuk iftar adalagi permintaan tu.. diminta buatkan kelepung aka buah melaka. Entah apa silap akak terbeli tepung beras dan bukannya tepung beras pulut. Setelah diblend daun pandan, diadun tepung dan digintil-gintil kemudiannya diintikan dengan gula gerek akak kata siap dah ni kuih kita. HS jadi pembantu.. dah berani juga dia dengan periuk diatas dapur yang merebus air untuk memasak buah melaka. Dengan confidentnya dia mengeluarkan buah melaka yang dah terapung kedalam bekas yang berisi kelapa putih untuk disalut. Akak pula kena lengkapkan salutan tu.. didapati buah melaka keras jegang.. bulat sempurna.. bulatnya keras bagai bola dan bergolek sempurna didalam kelapa putih tu. Abang2 HS marah adiknya kata cepat sangat diangkat..padadahal dia dah nampak buah melaka sudah timbul dan kalau ikut hukumnya buah melaka tu dah siap..perlu dicari sebabnya .. jawapannya perlu dicari ... dicari semula plastik bungkus.. aha... wakenabeb.. jelas dan nyata tiada perkataan pulut...penat rasanya... maka anakanda Siraj ditugaskan untuk dapatkan tepung pulut di kedai.. proses ulangan dibuat selepas solat maghrib... enjoy depa makan kuih ni.. hari ni buat lagi.. dah 2 kali sebut ni..alhamdulillah laku seperti biasa
Jangan tertipu dengan bulat sempurna kerana kuih ni keras kedegang
3 ulasan:
Selamat Hari Raya Kak Mar & family. Maaf Zahir dan Batin.
Sean.. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin juga..
Kuih kegemaran suami akak ni....
Catat Ulasan