...Break jap lepas penat buat kerja dapur... Kali ini tak boleh berdiri lama-lama, kaki cepat sakit.. En Boss dan HS dan SIL ambil tugas kat dapur... suasana 29 Ramadhan ni suram je... pukul 4 pagi tadi hujan sekejap alhamdulillah... rasa sejuk sikit... dua hari disini rasa nak tumbang pun ada... teriknya lain macam ... aktiviti semalam selepas subuh... sebelum matahari terik... ronda-ronda kat laman ... dalam inventori banyak pula bunga petola wangi ni berputik dan ada yang matang..
putik ni akak biarkan dulu
yang ini pun panjang lebih sekaki.. sudah dituai
Yang ni berada di laman sebelah... serius kali pertama round kat situ boleh tak nampak si bengkok ni.. bila dah balik ke laman sendiri intai-intak ke sebelah.. masyaaAllah... bila pula kau ada kat situ...memang petola suka mengejutkan.. puas akak mengalihkan juluran petola ni dari merebak ke pokok-pokok yang bukan2.. yang ni memang degil... pokok lain buah lain :)
Tuaian sudah di agihkan kepada jiran-jiran yang tak balik kampung
2 ulasan:
subhanallah.. berbakti pada tanah.. insyallah Allah akan kasi rezeki melimpah macam ni..
hihihi, kelakar ayat akak.. pokok lain buah lain.... suka hati aje kan petola ni nak berbuah kat mana-mana...
Catat Ulasan