Petang Sabtu semalam belek la laman sekejap kerana tiada arahan En Boss untuk masak- masak kecuali permintaan untuk buat kuih kelepong memandangkan stok gula gerek pemberian makcik Datin masih ada lagi... lauk berbuka beli je la kat makcik kat bawah tu... semalam panas terik.. tunggu hari sejuk baru mula aktiviti..
Hasilnya 2 btg sawi remaja, dua overdue bendi dan petola pulut aka petola sarang aka petola wangi
Baru perasan ada dua tiga pokok sawi dah boleh tuai... kena tuai juga kalau tidak kena berebut dengan si siput bab... diistiharkan kobis2 di Seremban dan licin licau jadi santapan angkatan siputbab....tinggal sepasu di rumah kayangan di KL ni..
Saja-saja semai benih sawi hijau hasil hadiah memenangi teka teki berkaitan kobis yang dianjurkan oleh Blog Semua Menjadi... ni je yang survive... semuanya dah dimasukkan dalam rebusan bawang dan ikan bilis... sodap.. macam nak semai lagi.... paksa si HS makan petola tu untuk ubatkan batuk yang baru kena batuk..
Lebih sekaki panjang petola ni
Sawi hijau yg dipindah ke tanah ni tak berapa menjadi..
Yang ni naik cantik... saja tumpang pasu ni dan sorok-sorok dengan rose jepun.. akhirnya dia yang outstanding..kat belakang tu pokok belalai gajah baru sampai Seremban..
Petang ini laman ditinggalkan dengan cuaca terik dan hangat... semoga adalah hujan turun bagi sejukkan suasana menjelang kami balik semula untuk berhari raya
3 ulasan:
Kacang bendi dan petolanya tampak sangat menyenangkan.
sawi kalau yang tanam sendiri,manis rasa dia
kalau yg beli banyak pahit :)
Sawi memang sedap kalau makan muda-muda begitu. Rebus buat ulam pun sedap.
Catat Ulasan