Petang Sabtu yang dingin.. Seremban berjerubu dah mula terang.. pagi hujan lebat.. penuh selut sandal kami ketika menziarahi pusara arwah En Boss selepas bersarapan di kedai tepi tebing .. pulang dari pusara kami menyopping bahan untuk makan tengahari.. hari ini adik arwah En Boss lead di dapur.. menu: gulai daging masak cili api, goreng kangkung, ikan bilis goreng bercili api juga... dan telur dadar .. special request dari Akma Domo.. request akak untuk goreng telur dadar yang abah suka tu katanya...telur dadar garing macam makan kat kedai katana...tamo mak dia masak..
Akma Domo anak saudara arwah En Boss.. semua panggil arwah sebagai abah.. arwah pun bahasakan dirinya sebagai abah juga.. begitulah arwah dengan anak-anak saudaranya...
menu lunch tak sempat snap...
Akma Domo anak saudara arwah En Boss.. semua panggil arwah sebagai abah.. arwah pun bahasakan dirinya sebagai abah juga.. begitulah arwah dengan anak-anak saudaranya...
menu lunch tak sempat snap...
lepas lunch dan solat zohor hari masih cool dan nyaman.. boleh duduk dilaman berlama-lamaan... tapi tak tahu nak buat apa... hanya menung dan menung.. tengok rj makin berkembangan .. tengok labu botol daunnya makin besar dan mantap... bunga tiap-tiap hari... belum ada yang menjadi... bunga betina belum keluar lagi ... pokok pun dah tinggal seunit.. bila tinggal seunit semua nutrien dia sedut sorang la ya.. dalam lebar daun tu ada pula pelawat... baru la akak ada aktiviti duk laman ni.. aktiviti meneliti si serangga oren ni... nama tak tahu... unik cara dia makan daun ni.. terlupa nak snap aktiviti awal dia.. mula-mula dia buat garisan melengkung kat daun tu lepas tu dia akan makan daun tu sedikit demi sedikit dalam kawasan yang telah digariskan sehinggalah daun tu habis
close up sikit
foto minggu lepas..makan berteman atau anaknya.. wallahuaalam
p/s: tumpah lagi air mata ini mengenangkan perihal harapan arwah En Boss terhadap ML.. semoga insan-insan berkaitan insaf dan pulangkan semula hak ML tu... amiin..
10 ulasan:
Assalamualaikum SS.
Lama maklong tak kemari. Siapa arwah En Boss. Apa dia ML.
Mak Long..Waalaikumsalam.. En Boss tu arwah suami saya.. ML tu mak saudara saya yg arwah suami saya ambil tanggungjawab dan bela ..
Salam Kak Mar. Sihat kah? Masih terasa lagi kehilangan arwah.. Moga Kak Mar terus tabah ye..
Salam Mar,
Mar masih dengan rutin biasa ya, weekdays kat KL dan weekend kat Seremban. Apalagi sekarang dengan ziarah pusara arwah di Seremban. Semoga harapan arwah terkabul juga akhirnya nanti, insya-Allah!
Salam sis..Semoga Allah melembutkan hati mrk yg berkenaan.
unikkan,,ada ibrah yang perlu kita fikir dan hayati dari serangga sekecil itu kan.
Unik sungguh serangga ni, cara dia makan , tentukan sukatan keperluan..
hebat sungguh ciptaanNYA...buat kita kagum melihatnya..
Memang hujan je di seremban sekarang ni ss..hari cuti hujan..nak keluar rumah pun malas rasanya
Kumbang ni kak perasan memang suka makan pokok labu, timun, petula..yang jenis2 pokok begitulah. Selalau dia ada.
Macam ajaib kumbang tu sejak kemarau dah tak nampak bayang.
Catat Ulasan