Kenapa laman saya semak?
Banyak alasan:
Pokok yang tinggi melindungi pokok yang kecil atau dalam erti kata lain sebagai meredupkan persekitaran di kala musim panas semasa tukang kebun tiada di persekitaran.
Malas nak berkemas. Alasan bila tak sihat, masa tak cukup, berada di persekitaran laman didalam tempoh yang singkat.
Laman saya kemas bila:
Ada mata rasa semua tu dah menyemak. Bila berkemas dah tak fikirkan usaha yang dibuat selama ini. Close one eye kata my ex boss.
Energy rajin ditahap maksima... tahap gaban wo!!. Botak dikerjakan semua kawasan. Rasa-rasa macam patah hati je, macam nak merentas masa secara instant je, macam nak melupakan segala masalah je.
Mood nak bercakap dengan tumbuh-tumbuhan je.
Tiada apa nak buat, masak tak perlu sebab dah ada bekal siap-siap bagi menampung kelelahan. Break untuk ke toilet dan solat.
Kadang-kadang memang meruntun hati nak berada dilaman, lebih-lebih lagi bila cuaca nyaman dan tenteram. Tiada panas menyengit, tiada hujan lebat sampak berdoa dalam hati... Minta hujan datang dilain hari.
Kali ni ...
Sebenarnya laman sengaja disemakkan untuk hasil foto-foto dibawah.
Ada je cerita kan.. sebabnya ni first time ever pokok cili-cili api yang dicampak-campak dalam patch caca merba ni tumbuh subur... buahnya menjadi..
Bunga cili ..sepatutnya warna putih krim.. dlm foto ni dah jadi ijo .. gara-gara flash kut... but I loike..
Dua pokok yg subur
20.9.2014 -pokok dah tinggi -pokok 1
20.9.2014 -pokok dah tinggi -pokok 1
Hasil dah bermula
27.9.2014-pokok kedua-putik berwarna krim
27.9.2014 - pokok 1
11.10.2014 - Pokok 1-buah makin meriah
Cili besar yang katik.. pusingan ke 5
Pokok 1-buah merah dah ada peminat..
Pokok dua-putik krim kehijauan
Alhamdulillah menjadi...
P/s: sedih juga ..nak surprise pd arwah tak menjadi... tak sempat nak surprise dia dah pergi .... akak dah berjaya mendapat hasil .. hasil galakan dia .. arwah memang tak tahu ada pokok cili padi di laman...
bila dah tak sihat terperuk je dalam rumah...
Semalam dah betul2 WW... hari terlebih cakap pula.. begitulah adanya... zaman berputar begitu pantas sekali... tak sempat WW hari dah jadi Khamis..
11 ulasan:
saya pun hari WW terlebih cakap... hari plak tak bercakap....hehehe meriah cili api K mar..
Salam Kak Mar,
Cili saya gemok dan kontot! Kak Mar punya cili cantik aje :(
inshaAllah kak mar, maybe dia sedang perhatikan kak mar dgn cili surprised kak mar. manalah kita tahu kan, kuasa tuhan.. (':
kak mar, jaga kesihatan elok2.. jgn sebab nak lapangkan semak samun, kesihatan pula tak dijaga.. ^_^
Salam Mar, geram tengok gemuk2 cili padi tu..saya je yg tanam x jadi2.. :))
Kakmar seronoknya tgk air tangan Akak menanam semuanya menjadi Dan subur
Cabe rawit memang sangat menyenangkan kalau sudah mulai berbuah.
Syoknya bila tengok cili yg menjadi...
salam maal hijrah kak :)
alhamdulillah menjadi pokok cili akak
dah boleh tuai, seronoknya
memang sekarang ni rasa masa tu cepat berlalu kan kak
tau2 dah malam..dah masuk tahun baru..
Salam Maal Hijrah Kak Mar,
Musim hujan ni memang dah tak perlu risau tinggal anak-anak di Seremban.
Banyak stok Kak Mar nak bawa balik ke KL.
Salam Mar,
Bunga cili pun cantik, hijau metallic gitu!!
Banyak nya cili k.mar yang menjadi...hasil yg campak-campak la menjadi-jadi...:D
Catat Ulasan