Biasanya terung telunjuk berwarna putih dan hijau.. kali ni hasil Mak Tom adalah kombinasi putih dan purple... pokok terung purple dan telunjuk ni duk dekat-dekat kut... bila berlaku pollination berlaku campur-campur dengan debunga jiran-jiran.. bila akak sebut pada Mak Tom terung ni tak pernahnya berbuah kalau akak tanam .. terus dia hulur.. ambikla... sebab regular customer katanya.. sebab akak sangat menyokong aktiviti nurserinya dalam usaha menyara anak-anak yatim.. berapa kali da? Mak Tom nak beri je ni.. sebelum ni dapat ketumbar jawa (tak lama ditangan akak) , begitu juga begonia. Yang maintain adalah daun pandan dan terung ni.
Hampir setahun bela pokok yang ini.. Beli pokok terung telunjuk ni atas galakan arwah En Boss.. tanamlah terung telunjuk .. boleh buat gulai nanti...
Malu sangat nak berbuah.. lama dah beli pokok ni... hingga akhirnya tak dapat serve arwah dengan hasilnya.. layan bunga je la..
PS: hari ni dan esok cuti..
byk urusan peribadi terbengkalai..semoga semua settle hari ni.. perut menggelodak je makan forever living aloe vera ni.. siap datang semula migrain... proses pemulihan kut..
5 ulasan:
Terung telunjuk tu nampak mcm besar...mcm terung keling tu...
Salam Kak Mar,
Sedap rebus pastu cicah dengan sambal belacan tak pun dengan budu!
Eh eh, lap air liur jap! :)
bunga terung telunjuk k.mar pun color seakan putih...sy punya color purple...tapi ni musim hujan...tak menjadi buah nya
Terung digoreng dengan tepung bumbu macam tried chicken tu pun sedap Kak Mar, #membayangkan. lapar....
Assalamualaikum Kak Mar,
cantiknya terung ni, mix color putih & a bit purple lagi,nice...Julie ni tanam terung tak pernah nak menjadi. maybe nak kena study cara menanam terung dgn betul kot :)
Catat Ulasan