Minta kebenaran pejabat keluar pagi untuk settlekan insurans kereta... masyaaAllah dah lap sebulan baru perasan... sibuk sesangat nak ingat hal keluarga sendiri pun dah tersasar jauh... sementara anakanda Siraj parking kereta akak berjalan menuju ke bank.. ditepi jalan besar ni tertarik pula dengan susunan zinnia yang saiz comel-comel ni.. lembut dan sejuk mata memandang warnanya.. apa lagi akak pun seperti biasa keluarkan hp dan klik sekali je.. buat belanja foto dalam blog ni... esok -esok dah tukar bunga lain pulak..
dapat berita anak kawan dilanggar motor.. sedih pula pagi ni..
SIL ajar pergi bank untuk urusan insuran ni.. bank belum buka kami dah sampai.. penat je tunggu.. dah tiada staf insuran di bank.. kena ke cawangan lain pula.. wp duk KL menggagau juga cari.. sebab bank ni gemo bertukar-tukar tempat.. dalam kepala ingat tempat lama je... since waze tiada dlm hp akak .. biasala hp penuh dengan foto untuk blog dan tak rajin buat maintenance maka untuk download waze dah tak muat ..
yg ada gps je le.. nasib jumpa.. kawasan parking bukan main tak comel... banyak pokok liar ... satu-satu akak perhati dari dalam kereta... ouwh ada buah yang pelik ni.. macam buah rambutan pula gugusannya.. teringat pula buah kecubung... ngeri lak tengok duri-durinya tu.. pokok besar dan subur.. pokok apa ni ya?
Tak selesai juga hal insuran.. ooo semua cawangan akak simpulkan dah tiada agen insuran.. kena pergi JPJ Wangsa Maju advise dek staf Auto Finance tu.. haissh lambat kang ni masuk ofis.. call anakanda Sulong dan bincang dengan anakanda Siraj apa nak buat.. akhirnya call customer service insuran... dah lebi 14 hari kena bwli baru katanya.. kena bawa kereta ke pihak insuran untuk dinilai semula atau purchase online ... pasti purchase on line lebih mudahkann.. dan ada link dengan JPJ untuk step terakhir.. boleh simulate quotation untuk tengok bajet kita.. extra coverage akan meningkatkan amaun yg perlu dibayar dan loading charges meningkat sebab pengalaman memandu diambilkira.. perlu gunakan kredit kad.. dah pakai kena ganti balik la.. kami miss skrin myEg JPJ tu.. nanti kena call customer service AXA semula untuk pembaharuan roadtax pula..notification melalui emel diterima mengatakan JPJ telah terima info insurans yang kami dah bayar sebelumnya.. pagi hingga malam baru selesai.. kalau arwah masih ada semua urusan beres dengan lancarnya.. semua akak kena ambil tahu sekarang
9 ulasan:
as'salam wah paparan bunga ..ni terbaik..datang ke lana Etuza ya..
Etuza.. terima kasih atas kunjungannya ya
selalunya hal2 kereta ni kita tak ambil kisah sangat kan..semua en.abang yg bereskan. lepasni kena ambil tahu juga buat pengetahuan, manalah tahu sesuatu yg tidak di jangka berlaku..
Assalam suka suka
Terutama sebab terbatas mobiliti, saya gunakan khidmat agen insuran saja (yg kebetulan bersaudara). Bila sudah setuju dgn quotation insurannya, kreditkan wang on-line ke dalam akaunnya. Dia juga uruskan road tax. Kita terima "kertas road tax" itu melalui pos. Buat awal, insyaAllah urusan selesai sebelum road tax kita mati.
Hihi, dalam sibuk2 sempat juga merakam gambar bunga cantik tu, ya!
Kalau ada no claim bonus insuran dapat murah sikit kan kak?
Semoga urusan akak dpermudahkan
Salam hujung minggu ...
kadang tu bukan sengaja pun hal nak bayar insuran tu, oleh kekangan masa boleh buat kita terlupa...
Tertarik dengan 'durian' tu..ha ha..
Salam Bahagia.
Diana pun road tax kereta sendiri tak mahir nak pergi buat sendiri harapkan all the adult men in the house je. Tapi ada ejen insurance boleh tolong buatkan semua dengan road tax jika kekurangan masa.
Meriah zinnia tu macam masih dalam polibeg boleh diusung bawa balik hehehe. ..
Sedih pulak kakak baca ni. Yelah sebelum ini mesti allahyarham yg buat. Ini kira kali pertama kena buat sendiri.
Sediakan whiteboard dlm bilik catat semua tarikh kereta-kereta yg ada dan lesen juga. Kakak dgn abang ni pun kalau tak tulis memang lupa..
Saya sedang mencari buah ini untuk berubat.. Nama buat ni buah jarak.. Di mana saya blh dapatkan nya?
Catat Ulasan