Menghampiri minggu ke 3 Januari 2015... silau aje pemandangan luar pejabat...
Seremban dah mula panas terik semenjak akhir Disember lepas sedangkan KL hari-hari hujan.... menyusul minggu berikutnya KL kering dan panas.. kesian kat anak-anak sekolah... Jumaat lepas HS penat sangat pukul 9 dah lelap... kalau tidak!!! Hujung minggu yang berlalu kami di KL... sudah tidak berkesempatan ke Seremban kerana anakanda Siraj sudah kepenatan bekerja hingga Sabtu petang.. petang yg panas di KL.. maghribnya kami di Masjid di kawasan Keramat demi memenuhi permintaan HS..nawaitu dia nak ke AEON Setiawangsa tak kesampaian... tetiba pula hujan KL dilanda hujan lebat tanpa henti...
anakanda Aiman pun tak sempat kami ziarahi.. kiriman doa dari kami yg kejauhan wp sebenarnya dekat..
Walaupun bersiram mereka ni kekeringan juga..
Fushia yg manja.. walhal dikawasan yg tiada matahari... tak pe la let go aje
Yang tak faham avacado ni juga... dah dua bulan dalam jagaan... mahu kering juga... keringlah kamu.... puas dah menyiram... puas belai dengan baja... sedikit demi sedikit kekeringan berlaku... walhal kat luar sana ada aja yang di panas terik dan pokoknya menggunjai tinggi... tukang jaga memang tak pandai lagi..
6 ulasan:
Sayang sekali mereka kering, smoga saja tak sampai mati.
Bukan ditanam dirumah yang ss tinggal ke pokok2 tu
Oh.. samalah JB pun panas dah sejak-sejak ni. Pokok yg tahan panas cepat aje layunya..
Salam Kak Mar,
Saya pun ada tanam pokok avocado. Baru keluar pucuk.. alamak takutnya nanti kering jadi macam ni. Saya dah lah kurang masa nak belai ni semua. Weekend aje ada masa :(
Salam Mar,
Sayangnya Mar, kekeringan kedua2nya! Mak Aji pun mengalami keadaan yang sama semasa balik kampung kerana adik ipar meninggal tempoh hari. Dah pesan kat anak bujang, asyik terlupa memanjang. Nasib baik tak mati!
Ni sebab akak tinggalkan rumah ke?
Cuba akak buat eksperimen ni bila tiap kali tinggalkan rumah:
Ambil satu bekas, isikan air untuk berapa hari yang akak tinggalkan. Lepas tu, letakkan benang di antara pasu dan bekas air tadi. Kiranya buat macam saluran paiplah. Mana tahu, dapat air tu pergi ke dalam pasu tu. InshaAllh, pokok tak keringlah nanti.
Saya tak pernah cuba pun cara ni. Mana tahu akak cuba nanti menjadi ke. =)
Catat Ulasan