Selamat menyambut hari Wilayah Persekutuan buat warga Kuala Lumpur..
Puas la bercuti ya.. namun kami di sini tak rasa macam cuti pun .. banyak urusan.. semalam, kelmarin sibuk dengan kenduri kahwin dan ziarah adik - adik di PJ. Keluar pagi sampai rumahnya malam.. Kakak sepupu selesai menerima menantu di Kajang semalam.. semoga yang baik-baik harapnya untuk keluarga baru .. ML pula dikejarkan ke hospital kerana kekurangan oksigen.. alhamdulillah stabil
berkumpul rama-ramai .. lama tak berjumpa.. mak saudara akak yang satu itu masih cun, adik sepupu yang akak dah tak cam muka sebab comel sangat :) .. maafkan Kak Long ya.. yang dah berumur makin uzur... ayahanda semakin kurang ingatannya... tak pernah panggil arwah nenek dengan panggilan mama... gamat kami sekeluarga... sudah lebih tujuh puluh tahun melayari kehidupan... bonda dan ayahanda sudah berkaki tiga.. perlu tongkat untuk support diri masing-masing.. alhamdulillah masih dapat bersama sanak saudara.. walaupun hari panas terik.. kuning aje pemandangan kami... dilanda kepanasan alam dan kepanasan hati bila dah ramai-ramai berkumpul, speaker yang lantang buat kita dengar berita lain sedangkan penyampai ungkapan mengatakan lain ha ha.. baca gerakan mulut aje.. akak perasan Sri Petaling dia kata Cheras Perdana... kan lain tu ... diserikan dengan DJ rtm... dengarnya mereka sebut mengenai KLFM, Klasik Nasional.. semuanya tak berapa jelas. ada yang support acara macam-macam.. rezeki masing-masing. Kakak dapat jiran yang baik... semua usaha berjalan lancar. Kawasan perumahan di Kajang tu sangat luas kawasan parkingnya.. mudah untuk hantar bonda dan ayahanda ke khemah...
nanti sambut ulangtahun kelahiran yang ke 50 datang ya! ha ha insyaaAllah kami datang..
Dari Kajang kami membelah kepanasan tengahari ke Seremban untuk majlis kahwin anak sepupu arwah En Boss... SIL tunggu di Seremban, anakanda Sulong yang lapangkan masa untuk hantar akak dan HS ke majlis-majlis yang dijemput.. sepatutnya anakanda Siraj menyusul ke Kajang selepas kenduri kahwin sahabatnya di Gombak... hmm Seremban sudah menanti... anakanda Sulong kata moh la dia hantar... adik tak sempat tu... tapi dia terpaksa pulang segera ke Shah Alam sebelum pukul 4... terpaksa tumpang SIL ke rumah Kak Long.. majlis masih belum selesai walaupun kami lambat sampai.. dapatlah berjumpa Kak Long sebab tetamu dah ramai yang balik... sementara tunggu anakanda Siraj SIL ajak kerumah adik ipar dia di Dengkil.. ke Dengkil la kita sebelum ke Putrajaya.. ceruk betul kawasan perumahannya.. masih aman damai.. berhampiran kawasan orang asli.. seronok pula lalu disitu.. teringat pula dengan aktiviti dengan arwah En Boss di Perak dahulu... suka benari redah tempat pendalaman yang orang jarang lalu.. suka jari jalan...
petang yang terang semakin sejuk.. sambil tu SIL mengenang kisah dia dan arwah abangnya.. dia pasti menangis bila lagu-lagu zaman 80an keudara... tak boleh tahan kak katanya..
dapat la snap sun set di Dengkil sebagai kenangan bahawa akak sekeluarga masih menempuh kawasan ni yang dahulunya kawasan kami berjimba-jimba dengan alam.. sebelum tanah diambil alih oleh Kerajaan.. disitu ada sungai kecil.. bonda dan ayahanda sangat seronok beraktiviti disitu... kawasan kebun yang luas... arwah PL ada kolam ikan sembilang... anak2 kecil puas berendam disungai... akak duduk memerhati dibawah pokok kelapa yang bantut... puas hati berada di tanah sendiri... namun itu semua tinggal kenangan
malamnya kami dinner di Putrajaya, jalan-jalan ditepi tasik, pemandangan yang cantik dan damai sebab orang tak ramai.. camera akak je tak cun untuk snap detik-detik di situ... HS dan cousins seronok melayan belon sabun..boleh sewa rm 3.00.. akak seronok anak-anak kecil berlari-larian mengejar belon,,, bila ditiup angin belon jadi memanjang ikut arah angin..
pertemuan kali kedua dengan pokok puding yang berbunga.. kali pertama di Pasoh NS, kali ini dikawasan parkir rumah kayangan disini,,, ini bunga keduanya. bunga pertama akak perasan tapi terlupa nak snap... bunga dah tiada dua hari kemudiannya.. rezeki nak jumpa lagi... kali kedua bunga keluar tak lengah lagi akak pun segera snap bimbang terlupa lagi.. sekarang ni pokok ni sangat-sangat kering dilanda kepanasan ekstrim disini
ada yang berumah tangga disini
ps: happy birthday to my youngest and dearest sista... best wishes dunia dan akhirat
4 ulasan:
Assalam...
Selamat bersua kembali dialam maya.
Sungguh meriah....keluarga besar yang sangat ceria...
Bunda... waalaikumsalam... selamat bersua kembali juga.. semoga Bunda juga ceria-ceria berpanjangan..
Kita sebut bunga puring disini, daunnya beragam corak. Cantik.
Endah... owh puring ya... nanti saya akan buat catatan untuk entri yang berkaitan..betul daun yang pelbagai ragam warna memang cantik.. yang ini spesis warna hijau semuanya..
Catat Ulasan