Hari ni lepas breakfast terus melawat sudut Mak Tom... amboi dari jauh bukan main lagi gah bunga ni kelihatan... apa lagi jadi bahan akak hari ni... tak beli pun pokok ni sebab cuaca dah tak menentu di rumah KL ni.. simpan foto bunga jadilah... bunga copong kata anak Mak Tom .. nak tergelak agak mendengarnya... Mak Tom kata macam copong sebab tu dia beri nama copong... mohon kongsi maklumat bagi siapa yang tahu ya.. memang gah bunga ni dipokoknya.. pokoknya rendah aje tetapi bunganya amat menonjol dan terus menarik mata .. macam tak balance pula.. puas hati hari ni dapat tengok bunga unik... perolehan hari ni ialah pokok bismillah... kata Mak Tom untuk buat ubat juga.. daun yang tua dijadikan teh manakala pucuknya untuk diulam.. foto pokok bismillah dilain sesi pula lah ya... nanti tiada bahan untuk celoteh kat sini..:)
ps : dah banyak hari bulan Mei 2015 berlalu ..sudah 17 hari.. sibuk.. nak update blog pun berkira-kira.. pokok jeruju jadi jeriji.. terima kasih En Adry kerana membetulkan maklumat akak yang tersilap tu... akak tidak akan betulkan tajuk entri tu..biarlah jadi ingatan untuk diri sendiri... sebenarnya hari pertama beli pokok tu akak dah catat dalam blog namanya sebagai jeruju... tapi entri lepas tiada semakan dan ingatan dibuat .. jadilah dia pokok jeriji... minta ampun dan maaf kawan-kawan.. sudahlah sibuk masih nak berblog ya... :)
Jumaat lepas kerja-kerja ofis yang diusahakan sebelum arwah En Boss meninggal dunia sudah diperakui oleh pihak atasan... sedih juga tiada beliau untuk akak berkongsi cerita... macam-macam pengalaman yang dihadapi .. pada peringkatt awal selalu jek kena sembur dengan si P B.. sehingga keluar kata akak ni melampau sebab terkedek-kedek buat kerja...team yang sangat terhad bilangannya dan kepakarannya.. dari KL, NS hingga ke JB baru selesai... hmm lepas ni ke mana pula ya..
kannn .
alahai saya ni makcik yang baru belajar.. diduga dengan sakit yang bertimpa-timpa.. dua kali demam panas, dapat batuk yang serius dan akhir-akhir ni gastrik dan migrain yang melampau.. dah pergi hospital pun lupa minta MC dengan doktor.. mudah-mudahan selepas ini segala-galanya berjalan lancar.. dapat surat pengesahan kerja pun rasa tak ceria dan teruja bila status kita dah "kering cop jari" .. fokus sekarang ialah siapkan dan sudahkan yang tertunggak dan teruskan apa yang dirancang..
hari ini HS perlu tukar kasut baru... nak kasut bertali pula.. pyra filter mula digunakan... lunch yang lewat hari ni.. pertama kali siang ikan tamban fresh dan terus masak.. makan dengan nasi panas dan kicap dah cukup... sedapkan dik HS walaupun tulang nya berceranggah... lepas ni kita beli lagi..
8 ulasan:
Salam hujunh minggu suka suka... Pnh tgk bunga ni tapi xtau nama... Warna dia sy suka hihi
Salam hujunh minggu suka suka... Pnh tgk bunga ni tapi xtau nama... Warna dia sy suka hihi
Macam pokok bunga trumpet ya Kak Mar kalau tengok sekilas.
Jaga-jaga pokok tu beracun bahaya untuk budak-budak.
Dah advance adik HS ya.
These flowers look beautifully !!
Greetings
Cup of gold dan satu lagi nama dia gran..tak lupa pula namanya. Kat rumah ada sepasu..mula2 dulu exited tapi dah dia malas bunga..buang je kat tepi pokok lain..
Rmind me of bunga labu.. eh?? sama ker? haha kadang2 imaginasi saya ni mengarut. camner bau dia kak?
As salam kak mar,
Terima kasih kerana beri respon komen saya dalam entri sebelum ni.
Pokok dalam gambar adalah Solandra Gradiflora atau Cup Of Gold Vine. Pokok ni sebenarnya berasal dari Mexica, Amerika Tengah dan Bahagian Utara Benua Amerika Selatan. Terdapat beberapa spesis daripada solandra ni yang boleh dikenali melalui warna dan bentuk bunganya.
Bahagian yang beracun, bunga dan daunnya.
sabar ye kak mar, inshaAllah ada hikmah di sebalik setiap kejadian. untung HS ada ibu yang setabah kak mar. inspirasi buat dirinya juga utk mencontohi kak mar.. :)
Catat Ulasan