Pokok tom yam kata Mak Tom. Sebab daunnya memang bau tom yam.. sedap.. HS pun teruja.
Ini kali kedua pokok ni jadi ahli keluarga rumah kayangan ni.. kali pertama Mak Tom beri percuma aje... saja sedekah katanya.. dia ada banyak pokok ni dan mudah je hidup katanya...
tanpa tahu apa sebabnya pokok tu dah mahu teruskan hidup... pokok kali kedua ni akak beli dari Mak Tom... segan nak minta lagi... pokok ni segar dan sihat juga.. dah keluarkan bunga.. seperti kes pokok yang pertama dia juga tak mahu meneruskan hidup... kepanasan di rumah kayangan ni tak stabil kut..
Daun yang macam rambut punk tu akak andaikan bunganya...
3 ulasan:
fungsi apa bunga ni?
Salam Kak Mar.. Yang macam rambut punk tu memang bunga dia.. Nanti kalau dah jadi benih, Kak Mar try tanam dari benih pula. Mungkin dia lebih kukuh dan stabil sebab dah diasuh dari baby dengan keadaan di kayangan. Nurul pun pernah bagi pokok ni dekat kakak yang duduk di kayangan juga. Pun pokoknya tak mahu meneruskan hidup.
Nak minta benih kalau ada...lama dah cari pokok ni...
Catat Ulasan