Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sahur 1 Ramadhan kami 3 beranak je kerana anakanda Siraj shift malam. Kalau di rumah bonda akak biasanya 1 Ramadhan ada lauk rendang. Mungkin dah jadi amalan bonda akak nak berendang bagai sebab dulu dulu mesti dapatkan daging kampung bila hari mantai. Tak terikut la akak dengan cara tu sebab kekangan masa kerana kerja. Dan juga arwah En Boss pun tak dididik dengan cara tu kecuali 1 Ramadhan jatuh pada hujung minggu. Kalau di hujung minggu ada lebih masa untuk pelbagai aktiviti terutamanya masak- masak.
Ramadhan kali ni dilalui seperti biasa.. namun dengan ingatan mendalam terhadap arwah En Boss. . Tetap terkesan di hati kami sekeluarga. .
Kebetulan hari Rabu hari pasar malam besar di tempat kami banyaklah bekalan lauk untuk dipilih. Ramainya orang menjelang 1 Ramadhan.. berpeluh2 akak dan HS ... kali ni ternampak pisang muda. . Terjumpa penjual ikan yg harga nya alhamdulillah boleh tahan. .
Selepas solat Isyak gedang gedung tumbuk cili dengan kunyit. Selesai menggulai sediakan tahu untuk digoreng sebelum sahur nanti. Senyum lebar anakanda sulung tengok gulai ikan tenggiri dengan pisang muda. Selera makan semasa bersahur. . Kalau lauk yg tidak berkenan tu layan ngantuk sebelum bersahur secara paksa :)
8 ulasan:
Ini baru betul org rajin walau bersahur masak betul-betul menyelerakan:)
Kalau kakak ni sayur bening dan ayam goreng aje. Abang pulak jenis makan kurma aje. Jadi masak utk anak-anak ajelah..
Salam Kak Mar,
Sedapnya masak lemak pisang mudah. Saya suka! Ish terliur tau!
sedapnya kak....
Sealamat berpuasa Mar
It looks so tasty !!
Greetings
Belum pernah lihat masakan seperti ini. Sedap sekali kelihatannya.
Salam Ramadhan Kak Mar.
Hai ikan masin pula tak de stok di dapur ingat nak buat juga.
Ikan tenggiri pun boleh ya Kak Mar.
Catat Ulasan