Minggu yang sibuk.. sempat lagi balik ke FL Sabtu lepas sebab bonda risau dah hampir sebulan tak menjenguk rumah. Sabtu itu akak ke reunion ladies only kawan-kawan sekolah... sebelum tu dah packing souvenier untuk adinda-adinda yang sepikul itu.. adinda Teh ketawakan pikulan plastik itu :)
sesampai aje akak disana jom balik katanya.. ala mana ada baju.. takpe baju mak ado... sebenarnya banyak betul yang akak lupa.. lupa bahawa keluarga nak balik ke FL.lupa keesokan harinya ada wedding anak Pn Boss.. maka redah aje lah.. rekod betul tak pernah bermalam dimana-mana sehelai sepinggang...
Balik pun sebentar aje.. singgah di pasar malam untuk santapan makan malam..solat maghrib dan isya di masjid berdekatan.. pukul 9 mlm baru sampai.. melawat kawasan tanaman dulu.. sepasu zinnia yang dibeli di pasar tani sudah tidak bernyawa.. dill, mulberi, sambung nyawa dan anak lemon masih bertahan.. 2 pokok cekur dah tinggal 1.. kemangi survive hanya 1. Pagi-pagi breakfast dan teruskan dengan bermain badminton.. break tengok kebun secoet kongsi tanaman dengan kunyit bonda yang dah matang. Berbunga lagi kali ni.. tak sempat snap sebab fon sedang dicas.. hari sudah tengahari baru perasan dua pokok puding belacan di lokasi yang berbeza hidup subur.. cuma tepus wangi kelihatan tidak ceria. Tanah jiran sebelah meriah dengan pokok israel yang sedang berbunga.. banyak-banyak kelihatan cantik pula.. bertebaran di tanah kosong yang luas.. hmm tak snap juga..
hari jerubu kan! segala aktiviti pun macam jerubu.. tak ceria ..
Dah lama tak up entri dan snap snap bunga dan tumbuhan serta semaian akak .. merajuk sekejap sebab... ada sebabnya.. memang sangat merajuk namun akak redha dan sedar diri ...
yang dapat dikesan tumbuh liar adalah lantana oren ni.. cantik menghiasai pagar.. begitu juga tapak dara aka kemunting cina yang daunnya sangat berkhasiat.. baru tahu bagus untuk kencing manis..
.
bila nak fokus aje angin mula bertiup bagaikan cemburu dengan akak :).. tak pe akak enjoy tiupan mu wahai angin.. hari kan tak ceria kerana jerubu.. aktiviti sebelum pagar dikunci..
kena pegang baru boleh snap
putik aka baby bunga.. comel juga kejadiannya
abaikan pagar yang dah usang tu namun masih berjasa.. enjoy the pink tapak dara.. pokok main masak-masak juga ni suatu ketika dahulu..
siputih tapak dara
ps:
11- 14 Oktober kami sekeluarga berkelana ke Ho Chi Min.. 15 EL sebab migrain dan penat dan terlewat bangun :) sebab flight touched pukul 12 tgh malam.. sampai rumah pukul 1:30 mlm.. tidur dan cuma sedar bila hari dah pukul 7:30 pagi. stori mori insyaaAllah di masa akan datang nukilannya.. sadisnya balik Malaysia jerubu masih tidak mahu pergi malah makin serius pula.. tahun ini dah masuk hari ke 4 sekolah anak-anak ditutup.. resah ibu bapa anak perlu diangkut ke pejabat juga.. semoga hari mendatang Malaysia diselubungi semula awan putih dan langit yang biru itu...
10 ulasan:
Amboi syoknya dapat bercuti jauh..
Mar..pokok vinca kampung memang berbaloi ditanam sebab dia tahan lasak dan tak manja...duk ceruk mana pun dia berbunga...
Kak Mala.. tu lah kak.. baru menjadi plannnya.. dpt tambang murah dan ada gang teruskan aje.. nawaitu nak masa berkualiti dengan semua anak-anak..
Beautiful flowers !!
Sayangnya bila banyak yg terkulai bila dah sebulan terabai tapi nak buat macam mana kan. Terkejar-kejar pun tak tercapai juga
Kakak baru tahu nama bunga ni tapak dara - macam cute pulak namanya hihi...
Assalammualaikum Mar.
Nampak semput je hihihi..begitulah kita meski dalam kesibukan sempat juga berceloteh tentang tumbuhan,hemm kalau dah hobi kekal lah begitu.
chomeyy., ;p
Suka tengok lantana oren tu...gabungan dua warna...ceria sangat...
salam singgah tengok bunga yg cantik mantik tu
kaknoor pun suka jugak tanam2 ni cuma masa je skrg kurang mengizinkan
Cantik bunga-bunga ni akak.
Pertama kali dengar nama dia tapak dara. :-)
Oh ke Vietnam ya Kak.
Sekarang nak buat kerja dekat kebun selalu terbantut sebab pukul 2 dah hujan lebat.
Catat Ulasan