Cili - cili ni lama ditinggalkan baru dituai.. mudah aje lerai dari tangkainya.. Bonda akak tanya kenapa akak tidak tuai bersama dengan tangkainya. . Dah lembut semua cili ni.. tak mahu tangkainya mengikut. . Al kisahnya pokok cili ni hidup atas sebaran burung kerana lokasi tumbuhnya pokok ni di bawah kawasan yang berteduh yakni di bawah timbunan stok kayu api untuk kegunaan mereka di FL untuk masak rendang atau untuk masak lemang. . Belum sempat akak snap pokoknya.. tak pernah kami siram dan baja. . Tanah di sana memang subur..
Banyak juga hasilnya. . Lebih kurang dalam segenggam. . Geram tengok warna mereka ketika di pokok. . Dari atas hingga bawah berseri warna merah..
Sebelum tu jalan-jalan sekeliling rumah memeriksa hasil pemindahan dari rumah kayangan ke sini. . Begitu juga dengan pesanan baru dari Tukang Kebun dan lain pembekal .. dua pokok puding belacan dah kena mesin rumput. Tinggal batangnya aje.. malas nak snap fotonya. . Kalau ok minggu depan semak balik. . Jika hujan berpanjangan mungkin akan naik semula. . Dan di pagarkan agar tidak di mesin sewenang-wenangnya
limau purut tanaman bonda akak sentiasa berbunga dan sentiasa berbuah..
Diperhatikan terdapat seri pagi saiz cinonet mula melilit di pokok limau purut..
Sunrise di FL yang mula timbul disebelah kanan. . Bulan sebelumnya mathari naik dari sebelah kiri.. sedikit demi sedikit bergerak ke arah kanan.. memang terdapat peralihan jarak....
PS: pemindahan ke tempat kekal insyaaAllah.. mangga saiz besar, mangga sala, delima dari Rose Semua Menjadi. . Limau kesturi. . Zinnia comel tingga warna putih aje..
Bersiaran dari tempat sukan.. keputusan tak selesai lagi. .
11 ulasan:
Geram tengok limau purut tu.
Ipomoea triloba ni memang mudah tumbuh di mana-mana. Lagi banyak matahari lagi subur.
geram tengok cili padi tu merah menyala.kalau kat pasar susah nk dapat yg merah2 camtu..
Assalamualaikum kak Mar,
Merah menyala cili api tu, geram Tengok, subur2 tanaman kakak...
Cili dah siap kena siang ni apa lagi cuci masuk dalam lesung buat sambal belacan sedapnya. Atau nak partnerkan dgn daun limau dah ada buat tomyam pedas letak daun limau purut tu wanginya aroma jgn cakaplah. Jus limau pun ada dah:)
Inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah. Cantik cili tu akak. Buah asam tu pun menarik juga.
Suka Suka, glad to see so many plants growing healthily and fruiting. Btw I hope you didn't use all those chillies for a dish only. They are really hot for me. In any case, have a beautiful day :-)
As always, your pictures are beautiful !!
Greetings
Salam Kak Mar,
Besar buah limau purut tu kan? Saya punya pernah sekali je besar cenggitu. Kenapalah agaknya ya.
Loveeee..suka tgk semua..mnarik
Loveeee..suka tgk semua..mnarik
Hi Suka-suka. I was browsing through your blog. A lot of interesting and new stuff such as the buah crystal. I have not heard of it before.
Catat Ulasan