Masih tak boleh rentas negeri lagi..PKP 3.0.. ingatkan dah selesai full dose vaccination dah boleh rentas.. kes harian masih tinggi.. macam yoyo.. turun naik turun naik.. dua tiga teman sepejabat mendapat jangkitan.. Minggu lepas jiran lama sebelah kanan rumah dimaklumlanbtelah sampai ajalnya melalui wabak c19 ..
Dapat foto2 rambutan dari saudara yang lalu disini..
Telan air liur je la tengok rambutan yang meriah berbuah.. kalau tak pkp tiap2 minggu berbondong-bondong kami adik beradik ke sini.. penuh bonet kereta dengan rambutan untuk agih2kan kepada jiran berdekatan.. nampaknya sedekah kat kera-kera je la.. ada upah saudara yang berdekatan untuk meracun kawasan rumah.. kurangla semak samun..
Buah favourite yang manis bersari...
Lama sungguh tak sampai sini.. naik rabak bendera yang dipasang dipagar. Si merah diapit oleh si kuning
Kemeriahan yang dirindui
1 ulasan:
Banyak buah2an yang akan berguguran begitu sahaja angkara kobit ini
Catat Ulasan