Jumaat, 5 April 2013

Hasiltangan HS

Masa tengah kemaruk mewarna dengan pensil warna - Power Puff Girl suatu ketika dahulu..

Yang ni pembelajaran edit dalam HP... he he hasil yang kelam kabut..


Anak pokok pisang kaki - update


khak

Khamis, 4 April 2013

Cerita Kebun - Suku Tahun Pertama 2013

Macam laporan akaun pula suku tahun pertama.. never mindla .. untuk rekod sendiri kan..cerita kebun dirumah sendiri.. tunggu masa untuk direhatkan dan semai tanaman baru..

Bila sampai sahaja di Seremban ni selepas keluarkan beg-beg dari bonet, aktiviti pertama yang dibuat ialah melawat dan meneliti perkembangan tanaman yang ditinggalkan 2-3 hari, kadang - kadang 6 hari, paling lama pun 14 hari... semoga dipermudahkan agar kami tak berpisah lama-lama. Yang pastinya yang paling subur adalah rumput dan tumbuhan liar. Memang tak larat nak maintain pertumbuhan mereka. Tak apalah. bila rajin nanti akan dicabut dan di'recycle' sebagai mulch kepada tanaman yang lain. 

Apa ada pada batang bendi melidi ini? Berkawan dengan kacang tanah dan daun mangun

Ni la bendi terakhir kut ... walaupun tiada daun dah pokok ni tapi masih mampu mengeluarkan buah lagi. Kuasa Allah .. siapa boleh jangka.. suka ..

Anak-anak ulam raja yang hidup tanpa disemai.. melata-lata tumbuhnya.. berindukkan 2 pucuk yang disemai tahun lepas.. Alhamdulillah .. lepas ni tak putus bekalan ulam raja.. rumpai dah bermaharaja lela.. banyak kerja nak buat...port ni sempit sedikit sebab disebelah pokok bunga raya .. pandai-pandai la nak buat kerja kat sini.. ada pulak kepala nenas ni.. arahan big boss .. tanam la.. tapi rasanya macam tak mo je hidup.. jadi tempat penternakan siput halus pula bila diangkat dari tanah tu..


Kacang tanah tu dah boleh ke tuai.. belum rasa nak korek ...dan sedih nak tengok batang yang dah kosong ni.. tiada lagi lilitan chayote yang ceria dan timun jepun.. hujan dan panas berselang-seli tidak membantu.. belum mahir jadi ahli forensik tumbuhan lagi.. tapi yang pasti panas mendadak .. pokok mangun ni makin ceria.. dah lebar tapak tangan daunnya.. dah dipatahan dan dibiakkan .. alhamdulillah

tomato ceri segan nak hidup.. dah berpesta serangga bedak putih tu.. lelabah ni pun tak leh bantu..pokok macam cacat.. kembung sana sini..sudah dikerat bahagian atas dan menunggu pucuk baru.. semoga berjaya dipulihkan..

Carrot purple ni masih bertahan..

Bunga telang juga telah menjadi kacang.. boleh buat apa ya dengan kacang ni...

















Rabu, 3 April 2013

Lobak putih

Baru dapat pindahkan ke bekas yang lebih besar dari pasu suratkhabar. Dah tak cukup bekas. Tempat terhad jadi kena pindah ke bekas yang comel - comel je dulu. Bekas recycle produk "..." . Anak-anak bujang yang malas masak dan malas ke kedai makan. Atau nak simpan duit. Just curious! Tanya kang pasti tiada jawapan dan jawapan popular adalah malas la.. Ada projek agaknya budak-budak ni. Haiyo mak sudah terkejut tengok banyak bekas - bekas tu. Maka cepat-cepat simpan kalau tidak kena buang. 

Bila dah tegap sikit baru boleh pindah ke tanah. Ini adalah semaian kali kedua. Kali pertama telah dipindahkan ke tanah tetapi tak menjadi kerana cuaca panas dan kurang baja. Bila balik aja dah hilang.. mana eh dia .. tau  dah .. tak sempat menjenguk dunia. 








Selasa, 2 April 2013

Telah dituai

Tuaian pertama kacang panjang.. cepat membesar dan matang yang mana terlebih anggar pembesarannya.. 

Bolehla.. dah selesai jadi bahan nasi goreng untuk sarapan pagi..

Selepas 2 minggu tuai lagi.. kali ni tak termakan sebab ahli makan hanya 3 orang... itulah pasal.. balik dari CH sambung cuti lagi sebab nak tuai kacang-kacang ni he he..

Sebahagian jadi bahan nasi goreng lagi... big boss suka, manis katanya.. nasi goreng dimakan dari pagi hingga ke malam he he.. sebab ada jemputan kenduri kahwin.. bolehla makan malam dikongsi bertiga sebab dah kenyang petangnya (pergi kenduri lambat kerana masalah kesihatan big boss) 

yang putik tu terpaksa dituai juga sebab jangkaan tidak balik minggu ini.. ada juga kacang ni yang dimakan ulat dibahagian pangkal, boleh lagi dimakan setelah dibuang bahagian yang telah dimakan ulat tu..

kali ni bunga telang juga berbunga lebat, dapatlah dituai dan simpan dalam fridge

ulam raja yang hidup bermaharajalela kerana dapat tapak baru.. dah selamat diulam, selamat juga jadi kerabu campur ikan bilis goreng resepi Ila Mat Jan. Kerabu yang simple tiada kerisik dan tiada daun selom. Selom yang ditanam cinonet je... biar dia rimbun dulu (doa ni semoga diizinkanNya)

Putik petola yang tak lekat ..hujan lebat agaknya sebelum ni..

Inilah juntaian - juntaian kacang panjang yang sebelum dituai.. tumbuhnya banyak yang berkembar



Isnin, 1 April 2013

Bunga anak burung



Sangat bersetuju bunga-bunga kelihatan seperti anak-anak burung. Highlight of  the day... satu lagi bunga yg terdapat di BP dalam entri sebelumnya.










Foto dalam entri sebelum..

Rajin sungguh anggota di balai ini..

Cuti sekolah telah berlalu. Selamat bersekolah semula anak-anak. Nurul, Ezam, Kakak Shaza, Sheera, Akma Domo, Arina Balqis, Ijat, Iskandar, Dina dan Imran dan lain-lain anak  sedara yang sedang bersekolah Mak Long ucapkan belajar rajin -rajin ya, fokus dan semoga ilmu dapat diamalkan. Habis sudah sesi berjalan-jalan dan melawat-melawat. 
Sebelum KL ditinggalkan untuk ke Cameron Highlands terdapat urusan di BP Jinjang. Sambil menunggu En Din dan yang lain-lainnya menyelesaikan urusan yang penting di sini, kesempatan diambil melawat-lawat kawasan yang dipenuhi pelbagai pokok bunga yang dijaga sempurna. Pokok - pokok bunga kelihatan sihat dan kawasan sekitar sangat menarik hati. Pokok-pokok disini juga menjadi tarikan sang rama-rama yang berlegar-legar dari satu pokok ke satu pokok. Menurut seorang anggota, terdapat anggota yang rajin dan  berminat dengan penyelenggaraan taman dan pokok-pokok yang ditanam. Foto bunga-bunga adalah untuk kenangan dan rujukan diri sendiri sebab suka!!

Bunga kertas warna jingga.




Tak tahu nama.


Juga tak tahu nama - salah satu koleksi  adik saya juga ni..

Pertama kali lihat bunga ni di FB - Laman Suri Suka tanam bunga dan sayur..


Bunga jeliti..dibonsaikan..nama jeliti diperolehi dari blog En. Adry








macam kacang panjang





Yang ni bukan bunga tapi lauk yang sedap kalau dimasak. Macam resepi ada untuk cendawan kukur ni. Remind me of those days when plucking these plants.  Cendawan kukur yang tumbuh di batang pokok..biasanya di batang pokok getah yang telah ditebang. Pokok apa pula ni yang ada di BP ini yang menjadi singgahan cendawan-cendawan ini?



yang ini Mak Aji kata bunga gincu..


apakah yang menarik perhatian semut-semut ini




jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)