Cuti sekolah telah berlalu. Selamat bersekolah semula anak-anak. Nurul, Ezam, Kakak Shaza, Sheera, Akma Domo, Arina Balqis, Ijat, Iskandar, Dina dan Imran dan lain-lain anak sedara yang sedang bersekolah Mak Long ucapkan belajar rajin -rajin ya, fokus dan semoga ilmu dapat diamalkan. Habis sudah sesi berjalan-jalan dan melawat-melawat.
Sebelum KL ditinggalkan untuk ke Cameron Highlands terdapat urusan di BP Jinjang. Sambil menunggu En Din dan yang lain-lainnya menyelesaikan urusan yang penting di sini, kesempatan diambil melawat-lawat kawasan yang dipenuhi pelbagai pokok bunga yang dijaga sempurna. Pokok - pokok bunga kelihatan sihat dan kawasan sekitar sangat menarik hati. Pokok-pokok disini juga menjadi tarikan sang rama-rama yang berlegar-legar dari satu pokok ke satu pokok. Menurut seorang anggota, terdapat anggota yang rajin dan berminat dengan penyelenggaraan taman dan pokok-pokok yang ditanam. Foto bunga-bunga adalah untuk kenangan dan rujukan diri sendiri sebab suka!!
Bunga kertas warna jingga.
Tak tahu nama.
Juga tak tahu nama - salah satu koleksi adik saya juga ni..
Pertama kali lihat bunga ni di FB - Laman Suri Suka tanam bunga dan sayur..
Bunga jeliti..dibonsaikan..nama jeliti diperolehi dari blog En. Adry
Yang ni bukan bunga tapi lauk yang sedap kalau dimasak. Macam resepi ada untuk cendawan kukur ni. Remind me of those days when plucking these plants. Cendawan kukur yang tumbuh di batang pokok..biasanya di batang pokok getah yang telah ditebang. Pokok apa pula ni yang ada di BP ini yang menjadi singgahan cendawan-cendawan ini?
yang ini Mak Aji kata bunga gincu..
apakah yang menarik perhatian semut-semut ini
4 ulasan:
Salam Mar,
Mak Aji je panggil bunga gincu je (walau dah x pakai gincu), org lain panggil apa pulak x taulah, Mak Aji main belasah je boh nama, he he!!
sukanya tgk bunga color pink tu..bentuk mcm bunga kenanga kan?..daun pun unik color maroon..
yg bunga gincu tu katanya kelopak boleh buat salad..ada baca dlm blog sapa tah lupa dah
seronoknya cuci mata tengok gambar kak mar snap..cantik :)
kalau saya bunga kat bawah skali tu, saya panggil bunga kantan.. walaupun dia bukan bunga kantan tulin.. hehehe.. sbb bentuknya dah nak macam bunga kantan tu.. warna je lain..
Catat Ulasan