2-3 minggu lepas setiap hujung minggu hujan asik turun. Rahmat Allah. Hari ni pagi-pagi lagi dah hujan. Pukul 9 lebih kurang hujan berhenti. Matahari mula keluar dari sebalik awan. Angin sepoi -sepoi bahasa menyapa diri. Terdengarlah bunyian yang dah lama tidak kedengaran. Oh.. disapa oleh teman lama. Merantau ke mana dia? Dia tahu teman ini kerinduan. Rindu melihat aksi dan rindu mendengar ciutannya yang keletah. Rindu juga dengan lompatan-lompatanya yang aktif mencari rezeki. Rahmat Allah pada temannya ini dapat menyaksikan aksi teman lama ini. Ok Ok insyaallah pokok bunga raya ini akan ditunda penebangannya oleh temanmu ini.
Happy "ciuting" dear! Come and visit me again.
Selepas penyinggahannya yang seketika, angin mula menghembus kuat sehingga menerbangkan jemuran. Namun nyaman terasa angin yang menyejukkan . Hujan sekali lagi di bumi Allah ini.
10 ulasan:
hujang yg menyuburkan dan menumbuhkan kehijauan alam setelah kekeringannya...
Salam Mar,
Cantiknya burung! Burung apa ya? Nyaman aja suasana yang digambarkan - terbayang di mata. Seronok dikunjungi teman itu!
semua tumbuhan kegirangan bermandikan hujan rahmat..
Waalaikumsalam Mak Aji.. saya pun tak tahu nama burung ni.. kalau mengikut kata En. Din yg muncung panjang dan makanannnya di bunga-bunga burung kelicap namanya.. memang seronok .. dah lama tak singgah.. kali ni bagi kredit kat saya untuk snap full action.. video pun ada tapi takut tak boleh masuk, volume dia besar 26 mb..lepas tu melintang pulak tu.. tak tau macam mana nak tegakkan!
salam k.mar...
Alhamdulillah sini pun hujan rintik2..sejuk nyaman pagi ni...
comel pulak aksi si burung kuning..k.mar nak tebang kenapa..besar sgt eh pokok tu?
kulim panas terik...seseklai rindu pada hujan..yg menyejukkan bumi...
bestnya leh snap gambar bird tengah isap madu...
waalaikumsalam.. memang seronok masa ni.. selalu dia lari-lari bila kita dekat..pokok bunga raya ni tinggi dari K Mar..kununnya nak dpt kawasan besar lagi ia tebang...
panas yg tak tahan tu.. mudah-mudahan hujan turun di Kulim
memang best mak yong.. tak sangka semuanya dimudahkan..
Catat Ulasan