Sebelumnya
Sebelumnya penat jugalah mandi air laut sampai maghrib. Air rasa panas ada sejuk pun ada. Rupa-rupanya SIL dah belanja budak-budak ni naik banana boat. Harga boleh tahan. Lupa depa caj berapa? Jet Ski lagi mahal dulu-dulu RM 75 @ sejam ..sekarang huish..RM130. Pak Usu yang badan macam budak2 sekolah tu pun join juga naik banana boat he he. Ala miss la.. En. Din ngantuk sebab tu lambat turun alkisahnya sebab dah terlebih makan. Usai naik banana boat Mak Usu belanja lagi budak-budak ni naik kayak pula! Enjoy betul anak-anak. Si kakak asik kena ketuk dengan pendayung Ezam while Si Ya dgn Abg Miloinya...ok gak adalah rentak berdayung. Jauh berdayung sampai terjerit Mak Usu panggil balik. Had berdayung 1 jam je @ RM 15.00.
Pada masa yang sama
Neighbour kat tingkat atas sudah ternampak En Din dan mulalah mereka bertegur sapa yang mana sebelumnya ... alkisahnya tak leh cerita. Boring pulak tengok En Din borak-borak dengan neighbour dari tingkat atas ni. Terlebih ramah depa ni. Ghupa-ghupanya kenalan lama FIL. Alamak!!
Cabutlah mandi laut join budak-budak ni, air sedang pasang memang best nak berendam. Lama sungguh tak masuk laut masa air pasang, mana tidaknya sebelum ni bila sampai sini kerjanya asik masak masak. Dah penat. Kureng rasa nak berendam. Kata orang seelok-eloknya berendam masa tengahari naik, elok untuk kesihatan.. wallahualam.at one time pula airnya tak comel langsung tak mau mandi..tengok je la. hairan juga kenapa mereka mandi walaupun air tak comel.. maklum diri sendiri..bukan senang nak datang sini, pelbagai persiapan perlu dibuat betul tak?
Selepas itu
Lepas tu boleh pula sambung berendam kat kolam..Ayo!! ini makcik boring pulak ramei anak-anak muda mandi manda dan bergurau senda ..yang seronok sangat terutamanya yg non Muslim..acik ni berendam sebab nak hilangkan pasir yang melekat kat baju, seluar dan tudung he he mengelat!! cabutla .. nak solat maghrib.
Akhirnya - Ready To Go
Sedap gak tidur sementelah line internet asik nak kena kejar je..lari-lari..bosan gak... akhirnya lolap!! Bila orang shopping di Pasar Malam dah balik baru le terjaga he he. Siap-siap En Din beri arahan. Sape nak ikut? Sikembar berempat tu masih tak puas hati gak. Nak ikut turun. Jom ramai-ramai jadi penangkap ketam. Pengalaman untuk mereka. Sebelum ni kecil lagi, tak kasi ikut, suruh tidur je, saje suruh mandi kolam lama-lama, dah penat mandi lepas tu makan dan terlelap sendiri. Tapi kali ni semua bersemangat, dah tukar baju, torchlight gedabak dah siap sorang satu. Apalagi turunnn.
So ini lah hasil En. Din, K Mar dan Abg Miloi, En Din dapat yang paling besar.
Ketam besar ni dah bunuh banyak ketam yang lemah, putus-putus sepit deme
Keesokan harinya
Semua ketam dimasukkan ke dalam sinki untuk disimpan dalam peti ais, tu dia, bagai pahlawan sepit dibuka..nasib tak kena sepit. Masih hidup rupa-rupanya. Akhirnya ketam-ketam ni En Din yang handle, dimasukkan dalam bekas, diletakkan ais dan bawa pulang ke Putrajaya..tak tau la SIL buat masak apa..
One fine day akan diupload video ketam garang ni..
That's All Folk!!
6 ulasan:
wah..best menangkap ketam tengah malam2 kan..
comel je nampak ketam tu tengah buat macam garang... mesti best video tu kan... :)
salam. tentu sedap ketam yang ditangkap sendiri!
memang best..tapi tu la kena sengkang mata ..
memang comel..mula - mula terperanjat ingatkan dah mati..
Mak Aji memang sedap walaupun cinonet..goreng garing macam keropok je bila kunya..
Catat Ulasan