Setelah mendapat maklumat dari blog En. Adry bahawa ulam raja boleh disemai melalui pucuknya saya berkobar - kobar untuk mencuba menyemai. Pucuk diperolehi dari rumah makcik En. Din di Rawang. Bibiknya mengesyorkan benihnya, saya maklumkan juga kepadanya bahawa tumbuhan ini boleh disemai melalui pucuknya. Telah disemai pada di tiga lokasi. Yang saya cabut ini adalah dari pasu yang ditumpang sementara. Sungguh saya terpegun dengan ketebalan daun dan batangnya berkembang gara-gara hujan lebat hujung Oktober hingga kini.
4.11.2012
Dah dapat tempat baru
Pokok kedua di batas berhampiran lobak merah. Dah mengeluarkan kudup untuk berbunga.Selepas ni akan merata anak dia hidup jika benih dibiarkan.
10 ulasan:
oooo.. semai melalui pucuk.. baru saya tau gak..
sblm ni masa dok umah bawah dulu.. tetiba saya ada stok pokok ulam raja yg banyakkkkk sangat kat belakang umah.. sbb umah taman kan.. so kawasan tak besar kan kat belakang tu.. tapi bila di biarkan, makin membiak2.. cuma time tu saya tak tau makan ulam ni.. makcik sebelah rumah je dok dtg mintak pucuk nak buat ulam.. time tu saya agak.. mgkn sbb pembiakan melalui angin ke yg bawa terbang benih tu..
segar nampak ulam raja akak nie..sedap cicah sambal belacan...
As salam kak mar,
Pkk ulam mmg blh ditanam menggunakan kertatan pucuknya. Yg saya tnm dlm posting dulu tu dh berbunga dn berbuah. Benihnya saya tabur dan ank2 pkk ulam raja dh pn membesar skrg.
ya nani..menjadik la ni..seronok.. entah sampai mana tak tau la benih tu landing nanti..
lepas hujan ni.. memang segar.. dapat vitamin air he he..
Waalaikum salam En. Adry..dapat ilmu akak praktikkan... sekarang ni daun selom..menjadi jugak
as-salam kak mar,
x tahu plak ulam raja blh tanam guna pucuknya. ingatkan pokok yg berbatang keras je yg boleh.
Waalaikumsalam Rini... Sohih boleh..ni la hasilnya..cubala..daun selom pun boleh..
Salam Mar,
cukup segar ulam raja ni! pun first time dengar yg pokok ni boleh ditanam melalui pucuknya. Mak Aji yg x tau kena beli pokoknya di nurseri.
waalaikum salam Mak Aji.. 2 - 3 menjak ni baru tahu.. kalau tak dah penuh pokok ni semaikan
Catat Ulasan