Alhamdulillah..yang ditunggu dah tiba. Akhirnya dia berkembang juga. En Din pun suka. Cantik bunga kita katanya. Kembang juga lah hati ini bila dia appreciate kecantikan bunga ni. Sampai je malam tadi terus melawat bunga-bunga dan tanaman lain. Biasala gunakan torchlight..Hati berkata hai tak kembang lagi, macam tak de rezeki untuk melihat dia berkembang. Ye la nak juga lihat dia berkembang masa kita ada dirumah. Lihat kudupnya dah besar dan tiada tanda-tanda untuk berkembang. Namun Allah kabulkan bisikan hati ini. Alhamdulillah. Nanti bila dah tukar warna lagi, akan up posting lagi. Sehinggalah tengahari nanti dia berubah ke warna pink yang pekat menawan. Keratan batang diperolehi dari Kodai Tepi Sawah, Ulu Bendul, Kuala Pilah. Terima Kasih Abang dan Kakak kedai. Insyaallah lain kali singgah lagi makan mi kari sambil layan angin sawah dan pemandangan indah disana.
pukul 7.03 pagi
pukul 7.03 pagi
pukul 7.50 pagi
pukul 7.50 pagi
3 ulasan:
sy suka bunga ni, mak sy pun ada tanam
cantik bunganya.. :)
Salam Mar,
Awal pagi rupanya kembang bunga ini! Cantik!! teringat pula semasa kali sekeluarga bersengkang mata menunggu bunga bakawal kembang jam 12 malam - siap letak pasunya di atas meja lagi!!
Catat Ulasan