Cantik kan bunga mountain ebony ni.. tercari-cari juga pokok ni.. Disember, Januari adalah musim dia berbunga kut!! sebab dimana-mana sekarang ni banyak pokok ni berbunga... rupa-rupanya dipersekitaran rumah saya ni pun ada ... pokoknya tinggi dan besar .. kalau google nama mountain ebony banyak juga info.. juga berkaitan kesihatan ada health property rupanya.. ada yang mengistilahkan bunga ni sebagai pokok orkid.. ingatkan tiada di Malaysia... 1st time tengok di Padang Besar Disember lepas, rasa-rasa bengang juga sebab tak dapat mendekati pokok ini, snap sambil kereta berjalan...
weeks later aha tu dia disebelah pagar 'compound' tempat tinggal kita , lama dah management tanam ...
kita je yang buta nama masa tu... lepas tu nampak juga diseberang SOGO, lepas tu di Jln TAR...
eh eh baru perasanla .. dah berbunga baru perasankan!..
kalau pokoknya sekadar pokok sahaja lalu sebelah pun tak tau kan!
Mengenali pokok ini melalui FV.. ada neighbour yang susun cantik-cantik dalam farm dia...
Bunga ni tinggi-tinggi diatas pokok.. ni lah yang paling rendah yang boleh di shoot
dah berkacang pokok ni
5 ulasan:
dok tertanya2..apakan mountaine ebony tuh..gunung kat peranchis ker..upanya bunga...cantik jgk..
cantik.. kalau berbunga banyak lagi cantik kan.. Ada juga ditanam kat kawasan taman perumahan ni
ooo nama bunga rupanya..baru ku tahu..:D
Bunga mountain ebony ni ada macam2 warna dan semua cantik. Ia dipanggil orchid tree sbb ciri bunganya seakan-akan bunga drp spesis orkid.
Kalau ada ruang laman yg luas, blh tnm pokok ni sbg teduhan.
k.mar..singgah lagi kat entry ni..rupanya pokok ni ada depan umah..pemaju rumah tanam hehhe
Catat Ulasan