Satu-satunya pokok cili padi yang saya ada didepan rumah. Bukan saya yang tanam. Ditanam oleh FIL atau pun Mama. Tak pasti. Kedua-dua mereka juga rajin berkebun. Saya memang kagum dengan Mama kerana dibelakang rumahnya yang hanya sepetak kecil ada pokok belimbing buluh yang disemai dari biji benih dan buahnya montel-montel. Atas permintaan En Din FIL bawa sepasu anak pokok cili padi untuk ditanam di sini. Rasanya umur pokok ni dah lebih 3 tahun. Sekejap ok sekejap macam nak gol. Mabuk daun ya jugak. Akhirnya akak trim daun-daun yang rosak dan dahan yang kering dan letak baja auntie Rosa. Alhamdulillah adalah perubahan. Mula-mula berbunga... cuak juga jadi buah ke tidak ni.. Saya dah merajuk lama dan pokok ni dah merajuk juga.. tak tahu apa baja yang sesuai. OK la tu sebab dia mahu menerima baja aunti Rosa ni. Tapi tak merah pun. Dulu-dulu semasa FIL bawa sini ada warna merah dan saiz comel .. saiz cili padi.. yang ni godang macam pembela dia sekarang ni.. he he.. bertahanlah wahai pokok cili.. sonang nak masak - masak nanti...
untuk catatan:
Happy Birthday to my HS.. sori tahun ni tiada 29 Februari kena tunggu tahun 2016 ..
10 ulasan:
Gemuk cilinya. Pokok nak pujuk kak mar kot. Cili kulai saya byk bunga. Kene rajin hand pollinate br jd buah.
Oh HS besday 29feb yer..cian HS ..hepi besday dlm khayalan lah yer dr antie...
oklah tuh kak dah berbuah dah t pun..subur nampak..
hehehe besday pandai hilang dalam kelendar..
wah..gemuk2 cili wangi k.mar tu.
kat rumah nurul dah takde pokok cili, sedih sebab bena suka sangat dengan dia. Tahniah sebab akak berjaya dapatkan cili yang sihat..
Your cili padi comel sebab pendek and gemuk. Meraikan hari jadi setiap empat tahun agak susah - kena bagi hadiah yang 4 kali ganda nilai nya :D
cili jenis ni wangi kan k.mar?
Kalau tgk gmbr buah cili ni, betul spt kata Nadia ianya cili wangi.
Assalam. Godang dan ayu cilinya tu. Belum cukup tua untuk jadi merah, ya? Tak biasa menanam jenis yang berwarna hijau muda begitu. Pasti pedas juga, tak?
Ini jenis cili warna putih ke Kak Mar sebab nampak pucat tapi gemuk-gemuk.
Zamzurina-tu la pujuk memujuk ni..
Ummuaidan-tq for the wishes.. buat masa ni subur...
Puteri..tu la susah juga mau xplain mengenai Leap Year pd HS..alhamdulillah mau juga dia berbuah...
Nurul.. tq atas ucapan.. sian kan tak de cili.. kalau boleh akak nak penuhkan laman dgn cili.. nanti akak up entri mengenai cili bom tu..
Stiletto..sukar menentukan hari lahir dia ni ..nasib ada seorang cousin dia yg celebrate bersama..both of them 29 Feb..cili tu mungkin dia ngam dgn baja organik tu..
Nadia..En Adry dah jawab.. cili wangi katanya..
En Adry .. terima kasih diatas penentuan nama cili ni..akak ni blur kalau bab nama2 khusus utk cili ..
Pak Temuk.. sampai sekarang tak merah cilinya.. he he cili ayu..
Diana..tak pasti sebab dulu2 warna merah dan saiz cili padi..
Catat Ulasan