Dapat juga bersua muka...tinggal pun ada bunga.. alhamdulillah sempat snap lili ni sebelum dia mengering. Partner disebelah dah lama kering. Ini kali kedua laman ini menerima kemekaran lili ini. ada warna ni aja.. warna lain contohnya ada diblog-blog berikut...hmm yang akak ingatla..
merah menyala ada di blog Mak Aji (Greenfingers)
warna pink dan lili istimewa di blog Wani (Maharani Kecil)
lili istimewa - lili fireball di blog Wani (Maharani Kecil)
merah menyala dan salmon/peach di blog Diana (Kebun Bahagia Bersama)
dan dalam blog ni foto yang diambil di Cameron Highlands
(sungguh taksub favouritenya he he )
Di Mardi Cameron Highlands pasu di "tag" dengan nama lili amar..
Berlatar belakang pokok kailan yang dah overdue yang semak .. sayang nak buang he he.. sebab kailan ni kali pertama ditanam (seumur hidup 1st time tanam ni..) tak jadi lauk sebab bila balik aje tiada daun yang sesuai.. namun pokok dibiarkan kerana kailan mengeluarkan bunga putih yang comel. Kelongsong benih tiada berisi. Maka tiadalah benih dari kailan. Foto gelap sikit kerana matahari tak berapa nak memancar. Banyak foto yang disnap untuk tatapan diri sendiri sebab bunga ni favourite saya. Ada rezeki dia mekar dah bersyukur sangat. Adalah warna lain selain warna zinnia yang pink tu di laman ni.
Sibuk dengan kebun sebelah... laman ni agak terbiar.. tak fokus sangat.. rumpai-rumpai ni memang cekap membiak.. setangkai lili @ kawan sebelah yang dah kering.. kembang minggu lepas .. masa ni tak balik sebab big boss sibuk urusan SPR..
inilah rupanya bawang yang ada bunga ..daun dua helai je memberi laluan kepada kemekaran bunga..
pandangan kedua-dua bunga.. ada spesis lili yang ada 4 tangkai bunga... setakat ni bunga ni ada dua aja .. kiri dan kanan.. tak kisah orang kata ni bunga serombong ke apa ke.. tetap suka he he
dah kemas pokok kailan... bye kailan.. batch kedua kailan ada di kebun sebelah.. penuh juga satu plastik sampah.. tak sempat nak kerat-kerat untuk recycle jadi kompos sebab big boss dah mula operasi... nak cepat balik sebab ada mak saudara dia meninggal dunia..
P/s: selamat bercuti para pekerja....kerja rumah tetap berjalan
9 ulasan:
Salam Mar,
Musim lili berbunga gamaknya sekarang ni ya. Macam springlah pulak ya!! Cantik warna pic yang Mar punya!
macam janji pulak k.mar ngan mak aji..pos bunga :D
dua2 pokok sy ada...tapi bunga belum ada...lily k.mar kasi dulu..berdaun dah makin banyak..k.mar jaga mcm mnr?
Mak Aji..waalaikumsalam..sama-sama naik bunga lili nikan..semua lili ni kaler ni je yang ada..kalau nak emel ya..
Nadia.. tu la mcm janji je dgn Mak Aji.. akak beri baja pink dan baja organik je..tak belek sangat pokok ni. Tinggal je..siram 2-3 kali seminggu...yg beli di CH dah setahun.. tak mo berbunga lagi...
salam k mar...syok tgk bunga lili...saya punya mmg tinggal pokok je...tk berbunga lagi...
terima kasih kak mar....bg bulb kongsi. appreciate it.
terima kasih kak mar....bg bulb kongsi. appreciate it.
@na.. awin.. emel K Mar ya kalau bawang ni...
kalau nak bawang ni...
While many plants release carbon dioxide, not oxygen, at night, having a few plants in the bedroom will not release enough carbon dioxide to be harmful at all.Plants suitable for karachi Also, not all plants release carbon dioxide at night. Some still release oxygen even when they are not in the process of photosynthesis.
Catat Ulasan