Hari ni cuti lagi, bagi menggantikan kepenatan semalam setelah travel ke Kluang melalui jalan lama, gara-gara nak makan nasi ayam Gemas original kata FIL. Semalam kami gerak dulu kerana anak kami ingin bekerja dikilang membuat brake pad ... kena hantar dia balik untuk ke stesen bas dan balik sendiri ke KL. Hari yang sangat-sangat hangat dan terik dimana-mana jua.. perihal kebun tawakkal aje la...
Hari ini dapatlah kami meneruskan misi mencari mee kari Chinese Muslim di sini .. yang hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad dia orang rehat. Masyaallah ramainya orang pagi ni, tiada meja yang kosong... tak boleh lewat kalau hendak ke sini.
Kalau musim cuti ni.. menu utama En Din ialah mee kari, banyak juga tempat kami dah pergi demi mengikut kehendak dan citarasa big boss ni.. Alhamdulillah hajat telah dipenuhi..
Teh panas yang mendap berlapis-lapis sudah kerana menunggu hidangan mee kari yang berque-que pemesannya.. Panas juga menunggu giliran kami ni.. oo hari ni emaknya tiada bersama hari ni.. kurang staf la ni..
Saya pilih kue tiau kari sebab alah dengan mee.. rupa mee kari tak sempat snap he he ..big boss punya... dia puas hati dengan rasa kari ni..memang idamannya sejak lama..tukang masak ni ada citarasa katanya!!
Jinak merpati yang menyambut ketika pintu kereta dibuka... tak terbang pun dia orang ni..
Sebagai tanda kami dah datang dan makan disini.. lama sungguh nak kena pertembungan harinya dan waktunya untuk menikmati mee kari yang diperkenalkan oleh jjiran kami di sini,
4 ulasan:
kenapa nampak macam kuew-tiaw?
He he tu saya punya foto...saya tak makan mee... ok nanti kena tukar narration as kue tiau..tq tedi...
Salam Mar,
Kue tiau kari ya, belum pernah rasa ni! Paling tidak boleh try kat rumah je.
sedap nampak kuetiaw kari tuh..sbb tuh ramai pelanggan kan...
Catat Ulasan