Kenapa generasi kedua.. ye la generasi pertama mestilah pemberi yang punya... bunga warna kuning ni beli di pasar tani beberapa bulan yang lalu... nampak macam tak bermaya aje di KL maka dipatah-patahkan dahan yang nampak cantik dan subur dan pindahkan ke lokasi baru di Seremban.. bernawaitu untuk membiakkan spesis ini agar tidak pupus dalam koleksi. Alhamdulillah walaupun ditinggalkan berminggu-minggu, dengan kepanasan yang mendadak serta tidak bersiram yang hanya mengharapkan air dan kelembapan dari perjalanan alam setakat 16 Jun 2013 mereka survive. Sempat juga mereka menikmati baja organik aunti Rosa. Tepekan dalam entri kali ini sebagai menghilangkan rindu terhadap mereka ni he he.. juga sebagai memori bahawa lepas ni akan ada banyak lagi bunga ini yang akan dipulihkan dan dibiakkan disini. Semangat tu.. sedangkan minggu depan pun mungkin kami tak bertemu juga... pasrah... tawakkal ... semoga kamu terus ceria wahai bunga-bunga.. semoga ada insan-insan yang perihatin menyinggah dan menyimbahkan air kepada kamu semua.... demi melawan alam yang berjerebu yang ditahap kronik dan teruk sekarang ni.. semoga ada juga simbahan semulajadi dengan izinNya jua.
tekstur yang ceria di pagi hari
warna yang ceria ..walaupun tak banyak yang berbunga, hati ini tetap ceria dengan kehadiran kamu... semoga selepas ini ada generasi ketiga dan seterusnya...
close up yang mekar
tekstur yang mula mengecut bila hari semakin terik.. waktu menghampiri tengahari..
SUNRISE DI HARI JEREBU... SEKOLAH ISTIHAR CUTI SEHINGGA INDEKS IPU MENURUN... JAGA KESIHATAN KAWAN-KAWAN SEMUA
6 ulasan:
oh begitu rupanya pokok rosjepun nie yer..takdelah besar sangat nampaknya..
teruk nampaknya jerebu tu..
cantik-cantik, saya suka
assalamualaikum...
cantek ros jepun ni.. kecil2 je bunganya.. yg pasti lawa sangat.. segar di waktu pagi.. layu di waktu petang.. kan kan..
salam k mar.
Teruk juga suasana jerubu di kl tu ye. Semoga semuanya selamat.
ros jepun jenis dalam gambar no.3 tu,
belum ada jual dinusery tempat saya, kat sana banyak kan.
macam pokok yg Tedi tanam. Tedi xtau pun pokok apa sebab nenek yg bagi. Tengokla nanti kalau rajin Tedi upload gambar. Nenek pesan tiba masa kena patah2kan pastu alih ke tempat lain sebab ia akan mati jugak nanti.
UA.. rose jepun kecil aje.. yang besar sikit tu yang warna pink tu...
Rose.. kita tahu awak suka he he..
Nani..memang kembang pagi..
Puteri... memang teruk disini.. but getting better hopefully .. anak masih tak sekolah.. tak ramai budak-budak kat sekolah
Tedi.. uploadla boleh kita tengok.. memang betul tu.. akan ada masanya dia hayatnya akan habis.. cepat-cepatlah recycle ke pasu lain...
Catat Ulasan