Selalu juga singgah kedai borong ni. Diusahakan oleh seorang berbangsa Cina. Yang menarik perhatian adalah pokok-pokok yang tidak dikenali yang ditanam di depan kedainya ini..Mesti ada khasiat yang di harapkan oleh mereka jika tidak takkan ada pokok-pokok disini. Foto dibawah adalah pokok terkini yang terdapat disini. Sebelum ni ada pokok lain... dah tak nampak dah...
Ah So ni baik sungguh... dia layan je pertanyaan kita... untuk pokok dibawah ni memang tiada cerita sebab Ah So tiada dikedai waktu tu... mungkin sibuk dibelakang. Sebelum ni dia juga ada sebut... banyak pokok dia dah kongsikan dengan yang berminat... hu hu akak ketinggalan bas ni... walaupun susah dia nak explain dalam Bahasa Malaysia tapi boleh difahami... semua pokok yang ditanam ada khasiatnya dan ilmu tu diturunkan dari mertuanya kalau tak silap..
Ah So juga ada menyebut satu tempat di Seremban yang patut dikunjungi oleh pesakit kanser .. disitu ditanam pelbagai tumbuhan untuk kesihatan dan ada sensei yang advise cara penggunaannya... one fine day nak kena ajak En Din melawat kawasan tu... mungkin ada info jika ditanya pada Pak Google.. keyword untuk digunakan pula macam blurr blurr.. lokasinya di Pantai, Seremban... bukan pantai PD ya.. banyak-banyak terima kasih pada Ah So yang banyak memberi penerangan pada akak ni yang pot pet pot pet tanya macam...big boss pun macam penat tunggu he he..
Sesiapa yang tahu apa nama dan kegunaannya mohon kongsi info la ye.. sangat-sangati dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih... ayat skema buat surat he he.. ada lagi satu pokok tu..pokok buluh... lain macam je batangnya.. entah apalah khasiatnya ya!
p/s sekarang ni entry kena buat masa lunch .. bukan macam entry sebelum ni iaitu entry kacang panjang lagi.. adalah tersentuh button publish masa duk intai-intai blog dalam kenderaan dalam perjalanan ke kawasan yang dirancang atau masa set schedule tu malam sebelumnya mata dah mengantuk pi pilih waktu yang tak seangkatan dengannya untuk publish hik hik hik.. ke mengigau masa tu... wallahualam.. hambek kau waktu lunch semalam tengok blog dah ada entri baru yang tiada dalam nawaitu untuk dipublish .. sebab tu entry tu dah seangkatan dengan wordless wednesday ... entry bisu.. tiada pot pet pot pet berkaitan kacang yang disiarkan... yang tidak diniatkan!! nanti la cerita pasal foto kacang bisu tu!!
baru hari ni dapat lunch dalam ofis sendiri... dah 8 hari lunch di pejabat lain-lain gara-gara jadi inspektor keselamatan dengan team dari jabatan lain... hari-hari balik rumah kena urut kaki dan buh minyak kat kaki... HS yang jadi sasaran jadi tukang urut... alahai tangannya masih comel lagi... abang besar dah balik U.. tiada la expert tukang urut mak lagi... hari pertama buat kerja dengan kasut smart... akhirnya sandal je yang larat ... hari ni lega sikit boleh duk ofis... berapa lama la tu
4 ulasan:
Salam Mar, memang selalu nampak pokok ni ditanam di rumah bangsa tiong hua, khasiatnya tak pulak diketahui, yang tentang nursery kat Pantai tu memang ada alamatnya kat google, taip je Sabah snake grass atau pokok belalai gajah akan jumpa la alamat nurseri ni, tapi saya pun belum berkesempatan nak kesana.
salam k.Mar..kalau x silap namanye pokok nilam...dia ade baukan..khasiatnye saya x tau..tapi ade yang ambik daun ramas2kan bubuh dlm air dan spry kat baju....masa mask nasi pun boleh masukkan daun nie...kita tunggu komen kawan2 yang lain...daun ape..
tak kenal sangatlah kak mar pokok apa nie..
As salam wbt k.mar,
Akak org Seremban ke? Kalau betul samalah kita! :)
Kat Pantai ada nursery, tak perasan pulak saya... bolelah balik nnt carik... pokok utk kanser tu yg mcm kak saodah ckpkan tulah! Tapi keberkesanannye tu tak pastilah sejauhmana... sbg usaha tak salah mencuba kan :)
Pokok apa ni kak? Nnt dah tau share ye :))
Catat Ulasan