Kali ini dapat juga snap cakcibo aka pepatung warna biru ni... masa kecil-kecil dulu akak gelarkan ia serangga helikopter... macam helikopter kan? tak kisahlah kan surroundingnya tak comel... nasib dapat snap....
pepatung ni la teman permainan masa kecil.. masa tu kalau dia ada penghidu manusia mesti dia lari kalau akak datang dekat dia .. sebab akaklah pemburu tegar pepatung disamping pemburu rama-rama... selepas suatu kejadian itu kegiatan memburu telah dihentikan... nanti cerita di lain entry... nak cari foto kartun penangkap rama-rama dulu :) .. tangan ini sentiasa memegang net penangkap serangga... kadang-kadang jemari ini boleh menangkap pepatung itu tanpa menggunakan jaring .. jari-jemari ni dah pakar menangkap serangga liar yang cantik ini... memang berwarna-warni... di peringkat umur ini dan kemajuan teknologi.. penangkapan adalah melalui kamera aje kan!... sebagai kenangan bahawa serangga ini memang digemari suatu ketika dahulu bila masa sekeliling kita masih penuh dengan semak dan tumbuh-tumbuhan... belum lagi ada hutan batu... semoga haiwan ini tidak pupus dan terusan hidup untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang...
diperdu inai dan akar sirih yang dah melebih 10 tahun umurnya... tak jelas sangat warna birunya...
pokok yang tinggi sudah tumbanng... tiada lagi melindungi kawan-kawan reneknya..
rasanya pokok ini dari Kedah..
berjaya close - up sebelum ia menghilang diri...
2 ulasan:
Salam Mar,
Teringat pulak masa kecik dulu mengejar cakcibo ni, ada macam-macam warna serangga ni.Tahniah dpt snap serangga ni
assalammualaikum k Mar.
gambar ini mengingatkan zaman kanak2, rajin kejar pepatung ni, tempat saya nama nya pepatung, paling cantik warna merah, kuning dan hijau.
Catat Ulasan