Salam Sabtu, selamat berhujung minggu hari ini hari yang tidak produktif sebab baru baik demam. Yang teruk demam HS menyebabkan malam kelmarin akak tak boleh tidur. Esoknya kami ke klinik kakitangan dan sebab HS komplen sakit sendi maka cik Adik HS ni kenala menghadapi situasi diambil darah.. mula-mula takut tapi akhirnya ok je... caiyok girl! Alhamdulillah result darah tak tunjukkan denggi haemoglobin masih 200 ++ .. kalau tak baik dalam dua hari ke hospital le jawabnya... Orang kata kesusahan kadang-kadang tidak datang sekali.. ada yang dua kali ada yang bertali-tali.. sabor je le ya.. setakat ni Alhamdulillah HS stabil ... jenuh layan macam-macam minta ni!!
Moh le layan cerita hari ini... bendi singa datang kembali.. benih generasi kedua, tuaian kedua, tuaian pertama minggu lepas .. lupa nak snap...abaikan semak dibelakangnya tu..sengaja cantas daun palma yang tangkai berduri tu ..nama tak tahu belasah je la untuk elakkan kucing-kucing jiran menjadikan tandas... kalau terdedah Tanah tu akan dikorek-koreknya untuk melepas bahan buangan yang beracun tu! sebelum cantas daun tu ..tu la tempat lepak depa .. berguling-guling dan tidur kat situ...bikin akak terperanjat je
yang menarik perhatian hari ni RJ warna ni je... yang lain-lain dah penat berbunga kut! zinnia tu adala tapi malas nak snap rupa tu je kan.. yang seronok ada satu anak ziniia yang naik gebu daunnya sebab disuap dengan M&K ... tak juga snap sebab hari ini hari tak produktif ...letih tidur pun tak tercover lagi...
Impatiens ni pun semakin gebu daunnya dan semakin meriah.. Alhamdulillah... impatiens liar yang diculik yang tumbuh meliar yang hidup segan mati tak mahu tu...yang tumbuh di Gap Fraser Hill.. jadi bahan eksperimen la kamu ya..hari pun hujan lebat sekarang... nasib baik sebab diuji dengan Baja M & K ..harga Baja boleh tahan dan keajaiaban Baja juga memang ajaib... dicipta oleh Vin yang Berjaya menanam bunga Tanah tinggi di Tanah Rendah... thanks vin sebab intro M&K... hopefully semua nya berjalan lancer.... dah tak cukup bekas tanaman dah... recycle botol mineral je.. kat belakang tu pokok hempedu bumi dah merata-rata tumbuhnya sebab pokok induk dah terlalu matang dan asik menyebarkan benih... dimana-mana ada pokok ni... kadang-kadang Nampak macam Sabab Snake Grass,,
ahaks... sesi tawar dan keras hati sesi kedua... proses mencantas petola kesayangan.. dah tercantas jalaran bagi buah yang sedang matang ni... nasiblah hai... kalau ada benih Alhamdulillah.. kalau tiada let go je.. persediaan menyerahkan tapak sebab mungkin pengantin baru nak masuk rumah ni selepas Disember :) dan En Bos dah sakit mata kut tengok dia subur... tak pe nanti dia naik balik kata Diana.. batangnya sangat kukuh jadi tidak mustahil dengan siraman air hujan dan sedikit Baja tinja kambing insyaallah dia manage to revive...
Cerita semalam yang ajar diri bersabar...MC dah macam tak MC sebab duk kat balai polis tunggu En Bos selesaikan urusan laporan dan segala yang patut... selepas segala urusan dipejabat kononnya nak balik rumah la nak rehat sebab dua-dua kami demam....otw balik kena langgar dengan adik motor... masa kami cross kami senang hati sebab tiada kenderaan..ini memang laluan harian kami... bila masuk simpang tinggal suku lagi nak masuk jalan tu dengar bunyi hentaman... masa bila pula ada adik ni kat belakang kami.. orang lain masih nak lepas trafik light.. dugaan betul! tengok adik ni ingat pula anak2 bujang kami... En Bos malas nak bertekak jomla ke Balai katanya...nawaitu nak settle je sebab dia lessen L lagi.. dan dia cedera ... dah dia dengar cakap orang sekeliling pergijela ke balai haih... demamla tunggu dalam kereta bertemankan kereta-kereta yang kemek dan rosak disekeliling kami yang disimpan di kawasan parking ni... malas nak fikir macam-macam cuma doa pada mangsa-mangsa yang dah arwah dan Berjaya melepasi ujian ni... OTW balik rumah di Seremban pula bertembung dengan kejadian mangsa ragut... ingatkan kemalangan motosikal... mangsa dah diselimutkan dengan kain putih.. malam buka FB baru tahu ibu dan anak diragut .... alfatihah untuk arwah ibu... sedih dan terencat sekejap dah la demam dan penat... dalam muka utama Sinar hari ini .. mereka ditendang oleh penjenayah ragut tu... masyaallah...
malamnya order pizza je la .. nak masak tak sihat lagi.. masak air boleh la :) lunch hari ini pun dengan pizza semalam !!
hari tu.. hui cerita hari tu lagi.. petang Ahad bos called kena ikut dia pergi retreat... ikut je la tapi dah last minit boleh pergi hari Selasa je... bersiap apa yang patut dari segi penyediaan dokumen dan lain-lainnya... sampai 3 petang, rehat sampai pukul 6 dan start kerja sampai pukul 1.30 pagi .. break masa dinner pukul 7, dah balik bilik after midnight tu akak dan room mate tak boleh tidur... layanla blog, mengaji dan borak-borak entah sape tidur dulu... petang tak dapat layan sunset dan esoknya pula tak kisahkan layan sun rise sebab bilik mengadap jalan... kalau mengadap view ni pasti dapat layan sun rise ! si room mate asik mengeluh nak mandi kat kolam tapi tak sempat... memang hantu air betul dia ni.. he he...dah datangnya sehari je.. memangla tak sempat nak bersantai-santai kat sini... Swiss Garden Resort & Spa
koleksi bilik air untuk HS... dia pula yang minta!!
room mate sesat cari lif bawa ke jalan mati he he maka dapatlah view laut China Selatan ni..layan sekejap.. hari panas terik ni..
dah selesai urusan baru dapat jalan kat tepi pantai... hari terik..sah muka gelap ni.
saja menyebok kat SPA ... Nampak tak akak purpe tu?
mesti cari elemen tumbuhn kan!
moh le kite balik..Pantai Timur masih panas dan berawan lagi despite of the taufan in Philipine tu.. Allah selamatkan Malaysia..jambatan apa nama dah lupa..Sungai Pahang kut ni! angkatan awan yang bergantungan di langit...
7 ulasan:
Sonoknya dpt bersantai2 tepi pntai kak mar..dulu sya suka pg swiss garden ni..tp mndi kolam je la..hehe..pastu tido..hee
salam singgah. wah best nya jalan-jalan. musim cuti sekolah ni kan, tu lah aktiviti yg paling best. tapi saya kena kerja. tak sabarnya nak jadi WAHM :D
Adrianna - sekejap je kat pantai tu.. muka dah gelap he he.. yg pi Cherating hari tu tak pulih lagi ni pergi lagi ke pantai...tpt ni memang best kan!
Umi Nazrah- bukan jalan-jalan ni.. foto tu semua ambil waktu yg singkat je... kerja yang lebih!
Dah sihat ke k.mar sekeluarga?
Agaknya terlalu keletihan kot, ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ni.
moga cik adik HS cepat baik..
Teruk ke kereta kemek kak?
Kesian kat mangsa ragut tu.. al fatihah...
seronok kalau dpt berspa kat situ yer..moga HS cepat sumbuh yer..
Tee.. Alhamdulillah akak dah ok.. si kecil ni la kena habiskan antibiotic...betul tu kat Kuantan panas terik kat KL musim hujan.. virus bermaharajalela sekarang... Tee pun take care juga
Nurbijen..insyaallah HS beransur pulih.. kereta akak bumper terkeluar ..dalam foto tu dah ditekan-tekan masuk la dia... bila hujan mudahla dia keluar ..esok kena jumpa pihak insurans.. memang simpati dengan mangsa tu Allah je yang tahu !
UA.. duk depan SPA je .. Alhamdulillah HS dah semakin sembuh..
Catat Ulasan