Semalam selamat sampai sebelum maghrib di Tg Ipoh selepas perjalanan dari Kuantan pukul 2.30 petang... sempat mengunjungi majlis kahwin adik kawan En Bos... bagi melepaskan hajat En Bos... kalau ada penginapan semalam lagi di Kuantan... namun semua tempat full.. lebih kuat hati nak balik... adik meneruskan perjalanan ke Ipoh... depa penat kut seterusnya bermalam di Batang Kali.... kami ikut jalan dalam tak ikut Highway.. Kuantan-Gambang sebelum tu tersasar ke Jln ke Sg Lembing :) ke Paloh Hinai- berhenti beli air mineral terus ke Muadzam...
Jumpa ladang Darabif.. seingat akak dulu ada tanaman teh kat situ... kali ni tak perasan sebab asik ralit tengok Vios Putih memotong termasuk kami... yg harunya kami belakang dia.. asik ke kanan nak potong lori bertentangan hampir gesel dia.. risau kami pula dapat tempiasnya... tak boleh jadi... En Bos kata mesti lari jauh dari dia..alhamdulillah wp En Bos tak berapa sihat masih fokus dan skil masih kukuh... jauh kami tinggalkan Vios yg suka potong tu... ada barisan kereta bertentangan yg potong2 lagi... menggigil gak menahan rasa... hampir bertembung ... seterusnya berhenti dimasjid di Bandar Baru Jempul untuk solat ..
Tak tunggu maghrib... teruskan perjalanan ke Tg Ipoh...
Lega dapat luruskan pinggang... ambil kesempatan fokus sunset yg asalnya snap dari dalam kereta... asik berlawan dengan kelajuan..
Dari dalam kereta je.... sebab tak lepas peluangkan.. lepas ni dah lain pula rupanya
Seketika dilaluan masuk..
Sempat gak snap bunga tahi ayam ni.. hari sudah malam..
Jiran kawan ada pokok ni... terung telunjuk kut..selamat jadi mangsa touch screen akak ni..
Close up - Tabiat dia ke kuncup waktu malam..
Sebelum tu...asik tak dapat snap mercu tanda ni.. sebenarnya kat atas tu replika buah cili..
Sebelum itu juga... tanda proses sunset sedang bermula .. perjalanan dari Jempul ke Kuala Pilah
Sebelum itu juga untuk ingatan diri sendiri akan datang tiada view begini.. setiap detik berbeza...kamera ni tak power nak capture alam luas terbentang ni... sekadar untuk tatapan dan ingatan momen ini perlu dirakam ...nak berhenti membelek suasana .. apa kan daya.. perjalanan peelu diteruskan..
Solat di sini
9 ulasan:
cantik betul suasana....darabif ingat nama brand burger saja...ladang apa tu k.mar?
cantik kak, thanks sharing :)
salam k mar, terharu tgk sunset...
salam Mar.
Gambar2 yg.dikongsikan sangat cantik dan benar benar ada aura perasaan gembira k Mar ketika menatap semua pemandangan yg.dilewati.Terimakasih berkongsi pemandangan mentari diwaktu senja..indah.
Nadia... ladang teh... tanya pak gugel Pahang Tenggara -DARA... ingat nak snap ladang teh... misss..
TIHA.. Sama2... Luasnya negeri Pahang
Ana.. ciptaan kehendak Dia jua... hambaNya didunia ni hanya tumpang nikmat pandang...syukur apa yang diberikan...
Pandai akak snap gambar2 tu...
Mengembalikan nostalgia highway kat M'sia :)
canti pemandangan yg last tuh kak..
Nice view.. sejuk hati memandang.. teringat kampung halaman..
Salam Mar.
Masya-Allah cantik pemandangan waktu senja!
Catat Ulasan