Khasiatnya kut yang menjadikan dia dipanggil dengan nama ni... dah berapa generasi tak ingat dah... cuma nak share di sini adalah mengenai kesuburannya yang menyebabkan ia bersambung-sambung dari pasu yang disemai..
Hidup senang sangat ..janji ada air.. kali ini mempraktikkan dengan perkongsian pasu dengan bunga telang.. oleh kerana mewah dengan benih bunga telang dan khasiatnya pokok bunga telang yang menyuburkan tanah maka benih2nya sengaja di ditaburkan pd tempat yg kurang subur... perkongsian kawan2 seperti Diana KBB yang menyatakan bahawa pokok2 jenis kacang ni mengikat nitrogen dalam tanah dan adalah teman yang memberi manfaat pd teman berhampirannya.. inilah hasilnya.. nak jadikan ulam pun sayang.. jauh betul sambungan dahannya... sebenarnya di sebelah kanan foto ni juga adalah patch yang didominasi oleh pokok ni... malas nak snap sebab dah berleluasa perjalanan mereka ni... pokok cili dan lemon basil hanya dipinggiran sahaja... musim hujan tahun lepas lagila ia bersambung-sambung.. tak pernah mengalami situasi ni .. pastinya akak suka!
8 ulasan:
pokok tu sekali tumbuh mmg merimbun jadinya...cepat membesar...kat rumah saya ni sampai pecah pasu jadinya...
Kamsiah.. masa mula2 semai susah juga nak maintain.. selalu risau dia pupus.. sekarang ni dah boleh tinggalkan untuk survive sendiri...
Dulu pokok ni orang Cina yang suka tanam sebab khasiatnya. Sekarang boleh kata semua orang tanam. Saya pun sama naik. Baru 4 bulan tanam dah subur memanjang.Ikut tuan....
khasiat dia orang kata boleh hilang migrain, cuci darah
tapi saya tak berap suka bau dia kuat :)
Baru tahu pokok kekacang bantu subur kan tanah...kalau mcm ni kena tanam direct la kacang
saya tak tahu apa pasal pokok ni kak.. kena banyak buat research ni..
Kak Mala..ikut tuan ya..
Tiha.. betul tu.. untuk reduce kolestrol.. pengalaman akak kalau migrain makan ni aan diberi rasa mengantuk maka dapatla relax dan redakan sakit kepala..
Nadia.. untuk ulangkaji kena jenguk balik blog Diana
Gee.. gugel je insya Allah byk resultnya..
Dulu pernah juga menanamnya, tapi tak tahu kat mana silap, selepas berapa lama, pokok ni berakhir hayatnya
Catat Ulasan