Untuk catatan sendiri. Foto-foto bunga alamanda pada 23 Ogos 2014.
Rentetan dari ....
Hari terang benderang dan dijangka hari mungkin akan panas menyengat kerana tiada awan putih di dada langit nan membiru. Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan selepas tengahari ... membawa ke petang. Tanah yang dibeli disimpan kembali.. aktiviti kebun di tangguh..
Hujan yang lebat... suasana luar sungguh syahdu. Teringat hujan yang turun lebih sepuluh tahun dahulu sebelum pemergian dahulu arwah MIL yg disayangi. Suasana yg dirasai sama seperti masa itu. Arwah En Boss menegur oh hujan kat luar. Seolah-olah dia juga teringat saat-saat itu.
Bagi org yang sedang sakit dingin hujan menambah rasa tidak selesa... sejuk!! Kipas di perlahankan dan pintu sliding ditutup. Kerana sejuk lewat solat asar dilaksanakan. Akak meneruskan iron baju untuk ke majlis malam nanti. Akad nikah anak saudara ... Sebelum menunaikan asar tetamu yg sudah lama tidak bertandang datang menziarah.
Datin Kak Z teringin sangat nak ziarah En Boss .. selepas menghadiri open house beliau tiba bersama SIL. Nasihat diberi bagi menangani sakit En Boss... suaminya pun begitu juga... mengalami perkara yg sama.. impak berhenti merokok .. DSS mengalami perkara yg sama sebab tu dia boleh beri nasihat.. Sebelum maghrib mereka beredar ke rumah sepupu yg mengadakan majlis...
Selepas maghrib kami ke majlis akad nikah... En Boss mengenakan jubah labuh... sambil berpesan.. nanti ambil gambar abang ya... akak pula macam rasa malas sangat nak klik klik foto dia sebab segan ... majlis2 macam tu dah tak kencang perasaan nak klik sana dan klik sini.. tak macam dulu...
Sempat akak abadikan foto arwah bersama sepupunya.. itu pun fotonya kabur...
Selepas majlis dan makan-makan usai arwah En Boss berborak panjang dengan sepupu sehingga hampir 12 malam. Mohon mengundur diri sebab nak makan ubat. Malamnya arwah tak boleh tidur kerana batuk yang melanda... akak pun penat kerana tidur lewat... pulang lewat tidur pun lewat. Dengar dia batuk akak juga rasa sakit macam nak pecah dada
alamanda ..
Bunga pun gugur .. begitu juga nyawa.. alamanda berbunga riang... tiba masanya lerai dari tangkainya..
Alamanda diruang lingkup langit biru...
Indah langit biru hanya seketika..
Angin sejuk datang melata
Hujan syahdu melanda bumi
Saat indah bersama .. tiada siapa tahu penghujungnya sebentar lagi..
Saat indah dan sedih diturunkan Yang Maha Esa.. siapa kita untuk menolak penentuanNya... alhamdulillah yang mampu disemat dalam hati.. semoga kami istiqamah melunaskan segala tuntutanMu walau diuji dengan kehilangan ini...
Ps: 16 September ... Selamat Ulangtahun Malaysia..
6 ulasan:
Alhamdulillah..kak mar diberi kekuatan serta ketabahan. Teruskan menulis kak,
luahan hati boleh dikongsi bersama-sama.
tersentak, ayat ni..
Bunga pun gugur .. begitu juga nyawa.. alamanda berbunga riang... tiba masanya lerai dari tangkainya..
begitu juga lah kita..bila2 boleh jatuh....
salam k mar;
dalam perjalanan kita yang jauh menuju ke'sana' kita menempuh banyak ujian...moga kita sentiasa di bawah perlindungan dan mendapat redhaNYA..
moga kita semua diberi ketabahan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.
INSAHALLAH.
assalamualaikum kak mar..
yang perti hanya tinggalkan kenangan bersama kita.. yang segar akan layu jua akhirnya.. yang bergelar manusia.. harus meneruskan kehidupan seadaanya..
Ini alamanda kecil ya Mar..
Indahnya alamanda ini seperti indahnya kehidupan di dunia, suatu saat akan usai ...
Catat Ulasan