Sambil membeli sambil menderma.. Borak-borak dengan Kak Tom.. nawaitu singgah je.. akhirnya rembat juga 3 plastik.. ada polibeg .. ada yg dalam pasu
Taksub warna putih lagi.. tak pasti bunga apa.. ingatkan pokok jeliti.. biasanya jeliti bunganya tak menegak ke atas macam ni.. biasa tengok jeliti yang dah dibonsaikan.. bunganya macam tergantung dari dahan.. terbalik..
Taksub putih juga ..daun belang putih.. Katanya rizom untuk ubati penyakit kayap
Ada pula pokok mulberi yang dah berbuah.. jadi ahli juga sebab kawan-kawan ramai yang dah masak lemak daunnya..
Ps hari ni cuti uruskan insuran MRTT kereta arwah... aduhai dari pagi hingga petang.. insuran kata macam ni.. bank kata macam tu.. info tak selaras.. tq SIL sabar kehulu kehilir dgn Kak Long...
Lunch di Jln Bellamy.. ###&^/!*€£¥₩ fikiran dan perasaan berkecamuk hingga ke malam.. Sabar je la..
5 ulasan:
Assalamualaikum & salam Jumaat Kak, Spesis keladi belang putih tu boleh buat ubat rupanye ye kak, thanks utk info tu :)
Julie..waalaikumsalam.. yg daun belang tu rasanya bukan spesis keladi.. yg ni spesis mcm temu .. keluarga halia kut..
acik tak pernah tau pun daun tu boleh masak lemak ss
Seronok tengok kawan2 semangat bertanam. Pokok yang daun hijau putih tu, kalau tak silap masa kak kecil dulu pernah ambik ubi dia rebus. Sedap. Manis dan wangi. Happy gardening Mar.
Macam adik beradik ubi bemban jenis daun variegated. Ubi bemban orang buat penawar sebagai ubat kayap.
Macam teringin juga pula nak tambah koleksi ubi di kebun.
Catat Ulasan