Untuk rekod sendiri
Kali ni boleh tahanla benih yg menjadi.. sebelum ni yg akak jumpa sebiji je yg menjadi buah... belum nampak tanda-tanda anak pokok hidup sendiri di kawasan sekeliling... setakat ni belum lagi tuai daunnya buat lauk sebab nak fokus hal kebun je bila balik sini.. siapa pernah gelap mata makan daun ni?.. akak pernah mengalaminya... terus terduduk baik punya ... nasib tangga bawah sekali... wp begitu tetap nak makan bila ada sayur ni masak lemak putih dengan keledek :)
Diana kata macam buah manggis bentuknya :)
P/S hari ni beli rosemary dan rosejepun pink.. rj lagi:) Kakak tu beri hadiah begonia yang tumbuh liar tepi longkang yang dibelanya... cantik .. bila tegur banyak daun pandan dapat pula daun pandan hadiah... naik sogan den..
12 ulasan:
betul la k mar, mcm buah manggis...comel sggh!
Org yg ada tekanan drh tinggi x leh mkn? Boleh tumbuh dr biji, sy ada pkk yg di tnm dr biji yg tumbuh sendiri. Tp tnm keratan lagi cepat.
Pokok saya berpucuk blum bebuah,.sy suka masak air dgn keledek
eh kenapa gelap mata kak? Tak pernah tau pulak saya.
salam mar, cantik le pulak bunganya...yg gelap mata tu x faham..nape ya?
org darah tinggi tak leh makan ek daun cekur manis ni?buat sayur air dgn keledek sedap kan..makanan org dulu2.
These are so amazing plants !
Great photos !
Greetings
Assalam kak..
berbelas thn yg lps saya pernah dengar arwah ayah ckp kalau pucuk manis, orang darah tinggi x leh makan..
masa tu saya x caya pun..tp dengar akak ckp ni..rasa cam betul ler kot.,..alamakk..dah kene darah tinggi ni byk ler kene tutup matanyer..aduyaii.
comelnya kaler pink.. macam manggis.. ^_^
Kekadang pucuk manis ni dari akar yang banyak pun jika terdedah keluar tanah keluar anak-anak pokok pucuk baru (tips special kongsi hanya untuk Kak Mar).
Assalaam Kak Mar...
Kami panggil pokok ni Pokok Katu. Pucuk daunnya yg masih muda boleh dimasak sayur, bagus untuk lancarkan ASI.
Catat Ulasan