Salam eidul adha buat semua teman-teman yang sudi menjengah blog yang tidak seberapa ni. Alhamdulillah majlis tahlil buat para arwah dan takbir berjalan lancar malam tadi.. majlis kecil-kecilan sahaja. Sudah 40 hari kami ditinggalkan ..
Bila arwah tiada macam- macam hal kena uruskan. Syukur ada Zemart bagi memudahkan urusan kami.. nak buat sendiri semua keperluan mesti ada. Sebelum ni harapkan katerer je..
Selepas solat sunat eidul fitri dan breakfast kami menziarahi pusara arwah. Alhamdulillah.. tiada apa yg perlu dibuat seperti yg dilaporkan oleh adik yg seorang itu. Pusara ambil masa untuk mampat dan bina struktur seperti jiran2 lain. Masa diberi selepas musim tengkujuh.. mungkin selepas tu something will happen .. ramai juga yg melakukan aktiviti ziarah pusara pagi raya ni...
ada penjual air dan penjual bunga dan keratan daun pandan barangkali..
Sebelum tu kami tuai la apa yang patut disekitar rumah..
Tuaian hari ini.. belimbing buluh dan mangga sala (ID yg disyorkan olehKak Normala)
Siap untuk diperam
8 ulasan:
Salam Kak Mar,
Allah, sedih rasanya bila terkenangkan perasaan Kak Mar yang terpaksa biasakan diri dengan ketiadaan orang tersayang di sisi. Moga Kak Mar tabah hendaknya ya?
Buah belimbing buluh tu sedap di buat masak lemak udang atau ikan. Mangga pulak sedap di buat nyicah hihi. Kalau rajin boleh buat jeru.. eh, terliur! :)
Salam AidilAdha Kak Mar.
Banyak subur hasilnya.
Salam kak Mar,
Sedapnyer. Terliur tiba-tiba..
Utk kak Mar juga, semoga hari-hari kak Mar menjadi lebih indah dan ceria.. :')
assalmmualaikum kak mar..salam aidiladha..wah banyaknya mangga dan belimbing buluh kak mar,,
Salams Kak mar,
Selamat hari raya haji
Alfatihah juga buat arwah
salam aidil adha kak..
akak seoorang yg sgt tabah dan bijak mengawal perasaan..moga Allah lindungi akak selalu..bestnya dapat manggga byk2 tuh..
Salam Aidiladha kak Mar, moga kak Mar sentiasa tabah...buah mangga tu nampak menyelerakan sungguh :)
Salam eiduladha juga.... waaa... mangga tu nampak sedappppp sangat2 sedap tu kalu makan fresh2....
nak juga... ^__^
Salam ukhwah dan salam perkenalan dari mommylina untuk semua juga
Catat Ulasan