Gara-gara jiran jumpa bangkai anak cik alifwaulamro dan jiran sebelah kata ada anak cik alifwaulamro naik kat cermin pintu slidingnya.. semua org sentap.. maka laman mak saudara arwah di sebelah yg tidak terjaga dioperasi penuh oleh jiran.. rajinnya sehingga tempias ke laman kami... diistiharkan pokok labu botol dicabut dengan rakusnya... sedih kejap... petola pulut aka petola wangi turut dimusnahkan.. segala pasu berubah posisi... dan sisireh ni akak kerjakan sehingga tiada juluran ke tanah... lepas hujan ni mesti menjadi2 lagi pokoknya.. sekejap je kontotnya tu..
sengaja akak potong togelkan pangkalnya.. harap2 jiran yang tak berapa tinggi tu dapat capai bila berhajatkan sireh ni..
Hari ni balik sekejap je demi ziarah pusara arwah En Boss... rata-rata bumi NS disimbah hujan dengan langit kelam kelabu.. bonus buat laman yang ditinggalkan.. cili masih galak berbuah, cuma pokok 2 daunnya mula kekuningan.
Terung telunjuk masih malu2 berbunga, putik kedondong makin membentuk buah, limau kasturi berbunga semula. Bayam malabar macam tak happy bila dipindahkan dari tempat redup.. keembung dan kemuning meriah berbunga.. hari ini bunga warna yang putih lebih dominan dari warna lain.. kelihatan mangga mengeluarkan bunga untuk pusingan ketiga minggu ini.. dua tangkai bunga je.. pucuk ubi makin tinggi.
Sedih bila batang ubi Sabah dibersih kemas oleh jiran2 yg kemas bahu jalan delan rumah.. tak terkata..operasi masa tu akak tiada..
selepas ziarah pusara balik sekejap dan cangkul laman apa yang patut... terkejut sekejap... tanah yang dicangkul keluar pula cacing gila yang menyusur bagai ular.. menyusur laju.. 2 minggu sebelum pun jumpa juga makhluk ni.. larinya laju sampai tak pasti apa kah ia.. kali ni baru nampak... saiznya kecil sekali.. atau bak cacing saiz besar... bila di gugel... cacing ni sebenarnya adalah ular yg paling kecil dalam dunia.. tak pasti mengenai keselamatan dari segi bisa dan gigitan makhluk ni..warnanya perang gelap berkilat... adakah makhluk ini yg dimaksudkan oleh jiran-jiran itu?
PS: Sedang beratur tunggu murtabak tebal 2 inci di Uniten.. sedang ralit mengunyah cekodok bilis rupanya Nani mak Fiyya dari blog Diary Ku Kehidupanku Isihatiku.. sedang beratur belakang akak.... cam si Fiyya je.. rupanya mamanya ada kat belakang ya.. baru hilang rasa boring beratur... sedar tak sedar dah sampai turn kami...
9 ulasan:
cacing ialah ular yang paling kecil di dunia.. good info.. saya baru je tahu..
Al-fatihah atas pemergian En Boss akak..
gerun juga kalau ada spesis tu kat laman... Harapnya bukan yang jenis berbisa....
Hahaha, tak terasa lama menunggu bila dapat sembang....
selalu terjumpa macam tu bila gembur tanah, hitam berkilat, mcm belut.... dan cepat je menyelinap.
kalau cacing jenis Mar cerita tu kami panggil cacing liar. Cacing tu memang biasa saja..setakat yang tahu tak menggigit.
lawa je pattern hair cut sireh k mar ni...stylo!hehehe
risaunya ada cik ular, ular lidi kot kak, kecik jer kan, tapi tak bahaya kata orang, tapi takut la jugak.
saya pernah terserempak ular lidi bertenggek kat pokok cili
masa nak petik tu nampak benda bergerak, rupanya ular lidi..
hati-hati kak, yang akak jumpa tu ular lidi ke?
saya pun tak pasti ular lidi ni berbisa tak eh?
Sireh masa baru tanam lambt sket nk idup kan, bila dah idup cepat ja membiak
Keciknya dunia ni ya tengah beratur pun boleh terjumpa.
Catat Ulasan