Jumaat lepas kami keutara lagi.. tanpa En Bos.. tawakkal meneruskan perjalanan dengan mengharapkan anakanda Siraj.. atas urusan menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat di Lenggong.. kami singgah dan bermalam di Ipoh.. ada kawan yang bermalam dikampung masing-masing..
selepas kenduri kami ke muzium Perak man.. hari panas terik.. selamat tiba di Ipoh, semua kepenatan dan terpaksa tidur petang bagi melepaskan lelah perjalanan.. lepas maghrib perut minta diisi.. memang tak makan apa-apa petang tu.. permintaan HS nak makan ayam kampung Yang Kalsom... ikutkan aje...
Bila sampai disana .. masyaaAllah penuh.. satu-satunya kedai Muslim yang maju di situ.. gamat lagi bila ada game bolasepak di TV.. ternampak pula ada yang pesan ikan stim... bila tanya HS... selera dia turut berubah.. apalagi bila kata ada steamboat .. budak-budak memang suka yang berkuah... maka kami semua tumpang menu sihat ikan stim asam limau .. semua suka.. sedap makan ketika panas-panas.. adik dan adik ipar juga suka.. steamboat juga banyak lauknya.. suka HS sebab enoki kegemarannya juga meriah dan banyak.. tetap ada juga ayam goreng untuk Arin dan untuk anakanda Siraj yang pertama kali datang makan disini
sebelum menu yang dipesan sampai kami menjamu selera dengan pelbagai bubur manis... lupa pula nak snap bubur dan pulut mangga.. semuanya self sevice..
Siakap stim asam limau..
Yang ni tak habis makan.. ditapau je ke rumah..
Sayur-sayur yang jadi pilihan kami.. licin.. yang istimewa adalah udang yang disediakan bukan udang biasa tetapi udang galah... lagi la dema ni suka..
Enoki favourite HS
7 ulasan:
telan liur saya tgk ikan steam dan membayangkan kuah steamboat yg panas2..
Kat yang kalsom ada nasi vanggey kan?
Btoi kata nadia cair air lioq kalau ikan setim...
Rasa air liur meleleh tengok sambil tunggu giliran Abby jumpa doktor.
Perut pun tengah lapar belum dinner.
Sedapnya...
acik pernah bermalam di Ipoh tapi tak tau pulak kedai ni ss..
kalau bubur manis memang kesukaan acik
kak kalau steam siakap tu suka..tapi kalau steamboat tu tak pandai makan sangat...
Catat Ulasan