Sampai masa untuk pindahkan anak-anak ini ke tanah. Dah tak de tempat untuk dipindahkan. Terpaksa clearkan pokok terung berembang yang tumbuh liar ditepi pagar. Kena clearkan rumput-rumput yang tumbuh subur. Kawasan yang memang subur kerana banyak tinja cacing. Port ni juga dah banyak pokok disemai, pokok bunga tisu, bunga raya putih, bunga raya kuning (dengan doa hidup la dia)
Oleh kerana ada 3 anak pokok pasu suratkhabar perlu dibuka untuk asing-asingkan anak pokok. Tidak menjangkakan banyak yang bercambah. Kalau sepokok je tanam terus pasu ni.
pokok 1 - yang ni mati kekeringan sewaktu peralihan cuaca lembap ke cuaca panas.. mungkin lama tak hujan dan tidak diletakkan "mulch"..
yang dua ni survive.. berhampiran dengan pokok bunga tisu..
5 ulasan:
nak sruh senang .semai direct jer kak kat tpt nak tanam dulu..lagi mudah hidup..kalau tak jaga pun..:)
Pokok telang sya tumbuh satu.satu kak mar..lepas 2 minggu semai,satu pokok tumbuh,seminggu lg,satu lg..sekarang dah ada 3 pokok..:D
Saya tak semai2 lagi benih telang,sbb tak da tempat nk letak. hehe.....
seronok tengok kehijauan pokok....
Ummuaidan..jumpa seminggu sekali je..rasa-rasa mcm tak hidup je bila benih ditinggallan dan tidak dipantau.. Kalau dah semai takde la tertanya2 pe nasibnya..kalau tak ok boleh proceed semai baki benih yh ada
Ibu Qis.. K Mar beli lama dah ni.. Baru semai sebab bajet tanah.
Yana..baguslah tiap2 minggu tumbuh anak pokok
Erisha Nor..hijau memang menenangkan..
Catat Ulasan