Cantik bunga-bunga putih ni... tumbuh ditebing jalan di Bukit Bendera.Cuti-cuti Malaysia sempena birthday En. Din sebulan yang lepas. Rombongan En Din sebanyak 4 buah kereta. Berpeluh-peluh menunggu tiket keretapi.. sabar menanti dan kuat tekat sebab dah beberapa kali gagal mendaki, macam-macam alasan - tiket dah habis, tengah repairla.. itu la ini la.akhirnya sampai juga kami ke sini.. yang ralatnya tak dapat naik keretapi lama.. naik yang moden... macam naik lrt je..kanak-kanak sukala..
Mak Long yg sorang ni asik shoot sana sini..bosan agaknya rombongan ni namun ada juga yang suka.. terjah je berkata ni mesti untuk Suka Suka ..Mak Long ni kata he he of course!!!
problem kamera note kalau warna putih.. tak berapa sharp ..frust frust
bunga comel tapi dalam semak
dapat juga bunga yang besar
15 ulasan:
cantik jgk bunga hutan tu...
Macam bunga yng org tanam kat tepi jln kat melaka ni la kak mar...
As salam kak,
Marya yakin kalau tgk in real mesti sgt comel & nampak suci! Saya pun peminat bunga! Nampak bunga mata akan segera terpaling2 mcm org jatuh cinta! :))
As salam kak mar,
Masa cuti Krismas thn lps, saya naik bukit bendera ni. Kena beratur pjg sbb org serbu masa public holiday. Mmg byk bunga yg cantik kat atas tu tp saya hnya smpt snap beberapa kpg foto saja sbb kalut dgn anak kecil.
Salam Mar,
Cantik bunga putih tu, pertama kali tengok.
Memang cantik...
Ya ka..
Waalaikumsalam Marya..hmm memang tampak suci dan comel bagi org2 mcm kita ni..
Oo En Adry ke sana juga...memang beratur panjang...barisan berlingkar2.. Seronok juga disana. .takpe lain kali datang lagi. .anak dah besar sikit
Waalaikumsalam Mak Aji..saya pun 1st time tengok ni..
Train baru Penang Hill cepat sgt, pemandangan nampak wooosh...mcm tu je. Kalau gi dgn kawan, tak sempat saya nak tunjukkan sebab terlampau laju - susah nak jadi tour guide. Kalau boleh daki, nampak banyak pokok, paku pakis, orkid liar dan bunga dahlia dan anthurium yg ditanam, terutama jika merentas denai hutan macam viaduct road, tunnel road. Kak Mar jumpa tak pokok periuk kera?
Sean.. betul tu.. train laju.. tak dapat nak nikmati nature di situ.. atas bukit pula ramai orang.. tak enjoy sangat...nak snap je org lalu he he.. bunga-bunga tu semua tak nampak ..
kat mana periuk kera tu.. dlm fb ada yg invite page monkey cup bukit bendera.. cantik2 .. dah balik kl baru ada info ni.. kalau tidak penuh memori kamera ni he he
Biasanya kat tepi lereng bukit yang terdedah kepada cahaya matahari. Kalau menyusuri jalan summit road (jalan tuanku yahya petra), lihat kat tepi lereng, mesti ada punye. Cuma bila dibawa turun, warnanya menjadi lebih hijau dan tidak lagi maroon seperti di atas bukit. Cuaca kot. Nanti saya buat post gamabr yang saya ambik dulu - dah lama tak naik sb setiap tahun balik raya cina mesti sesak kat atas.
salam, lama kaknab tak pi bukit bendera, last p tahun 1996 bawa anak2 pi dengan bas, seronok anak2 naik bas, sebab selalu naik kereta, depa boring, lagi naik bukit bendera naik keretapi lagi lah depa suka. semua tinggal kenangan, anak2 pun dah besar semua.
masa tu kaknab tinggal kat berek polis farlim, dari pekan air itam kaknab naik bas no. 8 untuk ke kaki bukit. masa sekolah, kaknab selalu pi hiking, cuti sekolah saja, plan lah ramai2 pi hiking. seronoknya macam nak pi balik zaman sekolah hehehe
Catat Ulasan