Bersempena pelbagai ' occasion ' kawan-kawan pejabat dijamu hari ini dengan laksa Johor. Terima kasih Kak B kerana sudi melayan permintaan akak ni. Dengan penuh bekas kuah tu, tambah lagi setengah container jumbo tu... boleh je dia jenjeng ke ofis ni.. bancuh teh o / nescafe lagi..
Bersempena:
Birthday ( Sendiri/ HS/ dan anakanda "abang")
Kejayaan ( anakanda "abang" meneruskan pengajian diperingkat ijazah)
Dari Januari hingga sekarang dalam dua minggu sekali ada kenduri... birthday la, farewell la... sendiri punya kena tangguh la dulu.. Hari ni ramai yang tiada di pejabat.. tengahari pun kami menjamu dengan menu ni...
Reramaila kami menyiang sayur ni ya..
Hari ni ramaila yang belajar cara nak potong timun cara K B ni.. dapat ilmu baru...ni stail Johor katanya.. he he kami follow je..
Kak B tertinggal taugeh pula... usaha dia keluar mencari.. dapatlah secoet di kedai mana tak perasaan pula! Tak sempat tunggu tauge ni.. ada meeting pukul 9, kita jalan dulu la ya..kemudian boleh repeat dengan tauge pula.. tapi sebelum tu ke TH dulu.. sekarang dah tukar prosedur.. duit shiling guna slip berasingan .. (kena ingat tu..sebab tu catit kat sini untuk ingatan masa depan)
Sambal belacan yang tak pedas
Spageti.. kus semangat.. Kak B, Su dan Non bawa juga.. dah melampoh pula spageti hari ni..
Kuah ikan kembung (3 kilo katanya).. resipi boleh je google.. macam-macam style
7 ulasan:
bestnye.. sure meriah time makan2 tu kan.. hepi besday ye.. :) moga panjang umur dan murah rezeki... dan untuk anak abang juga... juga ucapan tahniah untuk beliau kerana dapat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah..
sedap nyer k.mar...rezeki hari jadi...semoga lebih murah rezeki...ceria-ceria selalu yer k.mar
As salam kak mar,
Saya pernah ke Johor dan mkn laksa Johor ni, ia sedap. Saya peminat laksa dan laksam, dah mkn byk jenis laksa dr negeri2 dlm Malaysia dan Thailand. Semua ada citaras dan keunikan masing2.
Salam Mar,
Selamat ulang tahun Mar dan suami dan tahniah anak dapat sambung belajar! Makan2 kat ofis ni antara yg paling miss bila dah pencen ni! Mak Aji cukup suka laksa Johor ni!
salam kak mar..
hepi besday tuk semua..tahniah tuk abg...
rindu tul tengok laksa..wpun aper jer laksa cukup merindukan..:)
Nani..time kaceh bebyk ya.. belated birthday he he yg on time birthday anak..meriah dlm hati hehe...
Nadia.. terima kasih dan sesame la kita terus ceria selalu..
En Adry.. waalaikumsalam..akak suka juga laksam..kadang2 order dengan kawan...laksa siam tak pernah makan lagi..
Mak Aji..waalaikumsalam..terima kasih atas ucapan..sambutan kelahiran je ni..anak dah habis diploma utk terus ijazah kena temuduga bagai ...alhamdulillah segala perkara yg ditetapkan selesai dihadapi..
alakadar je..sedap kan laksa johor.. kadang2 tak faham bila suami tak kenan dgn laksa ni.. terimbau kenangan lalu ya...
Ummuaidan..terima kasih..inshaallah bila balik sini dapatla makam laksa kan!
A plant is a living entity with a stem,Buy indoor plants in karachi leaves, and roots that develops in the soil.
Catat Ulasan