Di Seremban ni kebanyakan pokok tepi jalan macam pakat ramai-ramai berbunga.
Antaranya bunga ni. Ada juga yang berwarna putih. Dan akhirnya akan memenuhi
kawasan bawahnya bila sampai masa ia gugur. Pokok ni tinggi jadi had tu
je la imej yang diperolehi. Kalau dapat snap dekat-dekat mesti lagi cantik.
Jadilah ..sebagai menambah koleksi bunga dan warna yang disukai.
Dapat snap ni pun sebab En Din berhenti dan beli barang kat kedai berdekatan.
Kesempatan diambil maka dapatlah juga ambil foto bunga ni...
dapatlah memenuhi hajat dihati bila lalu lalang disini kawasan sekitar.
Blurr ...
Petang Sabtu di Kebun sebelah.. perlu buat maintainance hari tu juga sebab pagi esoknya nak balik KL pagi-pagi sebab ada tugas SPR. Rumput makin tinggi padahal selalu dibuang. Tak pe lah.. dapat juga mengelarkan peluh. Dah matang sayur kangkung ni. Memang dia suka berkawan
dengan tomato campak-campak ni.
Ok la juga hasilnya walaupun tak sampai sepuluh pokok. Alhamdulillah.
Adalah lauk nanti. Favourite minah kangkung si HS tu...
Tuai jugala putik kacang panjang ni kerana minggu depan
mungkin tak balik sebab kerja-kerja SPR big boss. Sekejap aja
dah ada benih kacang panjang ni..
Yang paling meriah ulam raja ni. Hampir 5 cekak dapat dituai.
Dah diagih-agihkan kepada jiran depan rumah dan bawa ke
rumah mak saudara En. Din di Seremban 2 kerana ada kenduri
disitu. Panjang juga perjalanan ulam raja ni...
Lili ni mungkin berkembang masa kami tiada.
Dengan ucapan selamat berkembangla ya...
Pandai-pandaila hidup sendiri. Jika berkesempatan
kami singgah ya!!! Dua pokok yang berkudup dan dijangka dapat
4 tangkai bunga. Doa-doalah dapatlah balik dan snap kamu ya...
5 ulasan:
besar2 juak daun kangkung akak...lily dah nak kembang! color apa agaknya..
bunga apa yang bawah tu ye? tak sabar nak tengok warna dan perkembangannya nanti.. harap2 dapat snap ye..
gemuk pokok tomato tu
kat atas tu, pokok bunga bongor kan...
salam k mar,
segarnya kangkung dan siulam raja, terasa manis dilida
Catat Ulasan