Chinese celery yang lama sangat hendak membesar. Entri sebelumnya disini. Setelah diberi baja Aunti Rosa dan dipotong batangnya barulah dia membesar bagai juara. Kawan-kawannya yang lain dah selamat pergi meninggalkannya. Usia dah melebihi enam bulan.
Seketika ditinggalkan tidak bersiram.. lentok-lentok semuanya. Segera dibuat seperti yang diajar oleh En Iskandar. Rendam seluruh pasu ni dalam air. Alhamdulillah sedikit demi sedikit dia tegak semula
Foto entri sebelum
sini
sini
8 ulasan:
memang kadang terasa pelik jugak dgn celery, ketumbar n family seangkatan..masa nak membesar punya lah payah..tapi bila dh besar..tak larat nak tuai lah pulak
sy selalu kalau tanam ketumbar..tabur byk benih nya..biar penuh bekas..ade yg idup ..ade yg mati...hehe
nmpk mcm sihat dah tu...bagus tips en is tuh...
berbaloi tanam daun sup ni, pokok sy tahan dah setahun lebih masih mengelurkan daun-daun baru
agak senang semai benih saderi dengan ketumbar...cuma kelemahan tak leh terlebih air. tak pasai2 lembik mereka2 tu nanti. Cabaran bergarden kan kak. :)
kelakarlah tajuk entry k mar ni..hehehe..
betullah kaedah tuan Is tu, dulu pasu Ros saya dah nyawa2 ikan, rendam pasu tu..sihat semula.
lama jugak 6 bulan tu yer tapi hijau elok je :)
Nadia.. begitulah pengalaman pertama tanam sendiri dari benih... dulu tanam dari akarnya je..
Ummuaidan.. pokok K Mar ni nasib tinggal sepokok..
@na.. alhamdulillah dah sihat dia..
Ibu Qis.. K Mar kadang-kadang terlupa banyak kering lebih dari terlebih air.. tapi kes kali ni sebab kena tinggal..
Puteri... tak tau nak kata apa.. bila lentok tu adalah harapan dia segar semula.. kalau yang layu kering tu wassalam la..
Tiha.. lama sungguh .. lepas ni tengoklah pula macam mana dia bertahan lama atau tidak..
Catat Ulasan