Semasa sampai di Ipoh port yang dicari adalah port makan yang tidak akan dilupakan. Bos besar suka kari ni ie Vanggey yang popular disini. Biasanya parkir kereta di tepi restoran tapi kali ni parkir dibawah pokok dihadapan restoran. Disinilah saya berkenalan dengan bunga halus ini.
Bunga-bunga ini adalah bunga yang sangat halus. Sengaja dia gugur di atas bonet kereta yang diparkir dibawahnya he he. Jgn marah ya pokok. awak nak promotkan diri kat saya kan! Amat berterima kasih pada Yang Maha Esa kerana mengenalkan saya bunga ini. Tersusun indah dicelah-celah pintu bonet belakang. Tapi saya terlupa untuk snap sewaktu dia gugur diatas bonet tu. Saya yang amat peka dengan kehadirannya dengan segera memungutnya. Ada aroma yang wangi yang mana kewangiannya ala - ala bunga melur aka jasmin. Apa lagi terus la upacara bergambar dimulakan. Lokasi adalah diatas sofa suede dirumah kepunyaan adik saya di Ipoh. Foto telah dizoom out sehingga maksimum dan menunjukkan tekstur rerambut
suede tersebut. Comel dan tekstur bentuknya... .. as usual nama bunga fail.
Sebelum berangkat semula ke KL kebetulan kami parkir ditempat yang sama. Saya diizinkan untuk mendekati pokoknya dan inilah bunganya ketika dipokok.Alhamdulillah.
Besarkan pokoknya!
2 ulasan:
kene pegi restoran tu la nampaknya ni, nk tgk bunga yg wangi tu, ni restoren yg dekat Greentown tu ker?
Salam Mar,
x pernah Mak Aji tengok bunga ni. Yang bagus tu wangi mcm melur!
Catat Ulasan